Tuesday, August 4, 2015

Ceritera Hari Raya 2015 Di Sabah

Sebenarnya dah lama dah cerita tentang raya nie cuma tak berkesempatan nak stori mori dalam blog nie almaklumlah banyak keja nak buat.. (Macam pegawai je bnyk keja..hahahahahahah) masa raya hari tue sempat la jugak ambik gambar sikit untuk dibuat kenang-kenangan kan... walaupun kami sambut raya ala-ala kadar tapi meriah dan bahagia sesangat .. mau tak!!! raya bersama mak ayah kot kat Kota Kinabalu, Sabah, dah la setahun sekali je bersama-sama meka. memang tak lepas peluang la gi beraya di rumah sedara mara. tak kurang juga ramainya yang datang berkunjung keruma kami.. biasalakan "Ini kan Raya" ahahahhahahahahaa.. tapi raya kat kampung sendiri rasa seronok sesangat dapat makan makanan masakan Ibu tercinta selain dah kongsi cerita ngan mereka. dapat kumpul dengan adik beradik yang lain.. memang terbaek la, suami pun seronok sambut raya di Sabah. Cuti seminggu tue rasanya diabiskan dengan sebaik mungkin. setiap hari berjalan rasanya padat je jadual masa kat sabah hingga kan tak sempat jumpa kengkawan sebab nak bersama keluarga dan nak santai bersama mak ayah... memang happy sesangat la.. jom sedikit gambar nak di kongsi.


Kami dipagi Raya ..lallalallalalallal


Abang Firas Merajukkk.. dengan muka
Comel je..


Posing bersama ayah n anak2ku yang tercinta


Ibu dengan Firas.. paksa je posing walaupun dah merajuk..
hahahah


Firas lagi..hahahahha
Biar gambar berbicara

Wit My Antie...


Firas bersama-sama kuzen majen dia
gaya mcm orang umur 2tahun je padahal tak
cukup umur lagi!!!


Gambar kenangan bersama adik beradik ayah
dan adik2


Kami lagi...

Adik dengan anak kesayangannya
Mohd Adib Asraf

Monday, August 3, 2015

Majlis Hari Raya MOT 2015

Minggu lepas MOT ada buat Majlis Hari Raya Aidilfitri 2015, memang bestla majlis kali nie mot buat besar la juga walaupun bajet semua Potluck dari semua unit dan bahagian yang ada dalam MOT nie termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). meriah la tengok coz macam-macam gerai-gerai ada dan macam-macam hiasan ada. hiasan macam kat pantai pun ada mcam pelamin pun ada.. memang meriah la senang cakap. Booth atau gerai kami ala-ala hiasan Hotel gitu... konsep hiasan pun memang sebijik macam hiasan kat hotel la.. memang terbaik la sambutan majlis tahun nie.. dalam kekurangan budjet pun masih lagi dapat sambut Majlis Hari Raya MOT dengan Grand la org kata. makanan pun mewah macam-macam gerai ada..hahahahahahahha... tetapi sayang saya tak sempat bergambar di gerai-gerai org semua coz sibuk layan tetamu yang datang ke gerai sendiri tapi yang best dapat beramah mesra dengan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab. Aziz Kaprawi dan Datin dan Dato KSU bersama Datin. Setiap gerai Datuk akan rasa makanan atau juadah yang terhidang. seronok tengok meka yang sporting bila ambik gambar romantik. tapi memang terbaikla Majlis MOT kali nie.
Jom terjahhhhhhhhhh gambar2 KAMI.



KAMI posing di Booth@ Gerai UKK

KAMI lagi...


Kuih Muih je yang terhidang.. Sedapppnyer
Kuih Keria tue..Nyum..Nyum..Nyum


Besa la Ladies2 nie posing no 1...


Kami Lagi!!!


Bos pun sporing nak gak posing ngan staff
dia..

Posing wit ex Boss UKK En. Mano


Timbalan tengah berhenti di gerai Cendol
nak rasa cendol Songkok Tinggi nie
tetapi memang sedappppppp


Timbalan nak rasa Kuih Muih
Terbaek


Datin Pun sama.. siap bagi Like lagi
Gituuuuuu...

Wednesday, July 29, 2015

Rumah Terbalik Di Tamparuli Sabah

Baru-baru nie saya dan keluarga telah balik ke Kota Kinabalu SABAH, bercuti sempena menyambut Hari Raya Aidilfirtri almaklumla tahun nie turn saya beraya di kampung kelahiran saya Kota Kinabalu Sabah. rasa seronok sangat bila sebut je balik ke Sabah. mana taknya?? Balik kampung sendiri kot memang gembira sangat-sangat la rasa. dapat jumpa sedara mara yang jauh dengan dekat. Kebetulan raya ke 4 Mak Cik Su (Antie Minnie) call ajak kami jalan-jalan iya la dah balik KK takkan tak nak jalan-jalan kan. So Antie Minnie nak ajak jalan ke Rumah Terbalik di Tamparuli memang teringinla nak ke sana coz saya lama kat Kota Kinabalu Sabah pun tak pernah jejak kaki lagi ke Rumah Terbalik Nie memang teruja la nak ke sana, coz sebelum nie banyak gak dengar dari kengkawan tetapi asal balik je memang tak berkesempatan nak jalan-jalan ke situ. Bila dah diajak so kami pun mulakan la perjalanan ke Rumah Terbalik tue tak jauh la nak sampai ke Rumah terbalik tue ambil masa dalam 45 minit dari Bandar Kota Kinabalu. 

Sampai di Rumah Terbalik tue kami masuk ke kaunter pembayaran Setiap orang yang masuk dikenakan bayaran - dewasa pemegang mykad dikenakan sebanyak RM10.60 Kanak-Kanak RM5.60 sen tue ditambah sebab perkhidmatan GST. Bayaran yang dikenakan agak mahal mengikut pendapat orang ramai ..... tak berbaloi. Ini kerana tidak ada apa-apa aktiviti yang disediakan selain melihat-lihat sahaja. Tidak banyak pula yang hendak dilihat kerana rumahnya kecil sahaja  ambil gambar di dalam rumah pun tidak dibenarkan. Tetapi saya tak berapa kisah sangat coz saya nak tau apa yang sebenarnya ada dalam rumah terbalik tue, apa yang istimewa sangat. Taraaaaaaaaaaa.. rupa-rupanya apa yang istimewanya adalah semua barang dalam rumah tue terbalik dan Jurutera yang buat idea-idea tue adalah dikalangan jurutera tempatan.Walau bagaimanapun pengunjung dibenarkan mengambil gambar di kawasan luar rumah sahaja.

KuatNyer ayah Firas nak angkat keta
Kancil tue..


Posing jangan tak posing..hihihihihi


Hurmmmm busuknyerrrrrrrrrrr yakkk..yakkk



Hahahahahahha.. Badang SABAH bah nie


KAMI bertiga bby gurl tinggal


Sweet Moment ngan Antie Minnie and anak dia

Kami lagi...


nak gak peggang bunga yang terbalikkk


Wit My Love Bolat!!!

Kami Bertugas di majlis memperingati Targedi MH17

Pada 11 Julai 2015 seawal 7.00 am kami semua yang ditugasakan sebagai sekretariat dari MOT untuk Majlis Memperingati Tragedi MH17 telah siap menunggu untuk bergerak ke Kompleks Bunga Raya, Sepang KLIA. Saya dengan semua kengkawan yang bertugas telah memulakan perjalanan ke Majlis memperingati tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine, majlis memperingatinya diadakan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini dijangka bermula 10 pagi ini.
Majlis berkenaan dijangka dihadiri 1,000 tetamu yang terdiri keluarga dan rakan mangsa (NOK). yang telah di hantar melalui kenderaan MOT ke Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Majlis tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Beserta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato Liow Tiong Lai.
Pesawat MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine pada 17 Julai tahun lalu.Pesawat itu yang ditembak jatuh di ruang udara wilayah Donestk, menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia terkorban. Sya ditugaskan sebagai menjaga Media Tempatan dan Media Asing memang best la pengalaman masa menjaga media sempat gak berjumpa dengan ramai wartawan dan Pembaca Berita TV3. Selain tue rasa bertuah gak la dapat gak masuk ke  ke Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) coz nak masuk situ bukan mudah hanya VVIP sahaja yang layak nasib la diarah untuk bertugas.
Sempatlah juga posing kat Majlis dan diluar Kompleks Bunga Raya tue (Biasala kalu hantu selfie nie kan..kan..kan) sedikit Potret untuk di kongsi:

Pas untuk masuk ke dalam Kompleks Bunga Raya
KLIA, Sepang



Sempat je posing kat depan white
Board..


Barisan Deligasi Luar Negara


Menteri Pengangkutan dengan
Timbalan Perdana Menteri


Barisan Menteri-menteri yang hadir sama
di Majlis Memperingati MH17


Perdana Menteri bersama Isteri dan Menteri Pengangkutan
Serta Timbalan Perdana Menteri



Barisan waris dan kengkawan terdekat (NOK)


UKK and the geng



Nie aku la....

Sunday, June 21, 2015

Isnin (Mengantuk dan Kesejukan)

Assalamualaikum semua apa khbr?? Korang puasa tak hari nie (Alhamdulillah puasa dah masuk hari ke-5) sekejap je kan.. Selamat berpuasa semua, Hari nie rasa macam malas sangat-sangat tak tau sebab kenapa??? mata asyik nak lelap je .. menahan je la sekarang nie.. klu ikutkan hati nak je tido. tapi takut lak kena sound oleh Bos..hahahahhahah.

tapi untuk mengurangkan rasa ngantuk saya nie.. baik tengok resepi memasak untuk juadah berbuka nanti kan..kan..kan  kurang jugak rasa mengantuk nie. coz kalu dilayan sangat mata nie memang tak bole buat apa-apa pun. so jomla kita layan resepi2 yang ada d FB nie... kurang ngantuk kurang sejuk betul tak?? JOM.. :)

Thursday, June 18, 2015

Jamuan Bersama Geng-geng IT MOT!!!

17.06.2015 - Rabu Unit kami UKK telah menjemput Unit IT untuk makan-makan sempena menyambut  Pra-Ramadhan. rasa macam setiap hari je makan nasib baek la skrg nie dah start berpuasa.. Alhamdulillah hari nie dah masuk hari kedua berpuasa. Majlis kali nie semua dia sponser ole Big Bos.. semua jenis menu ada .. seperti Subway, KFC, Pizza and Nasi Bryani dan..dan.. Apple Donut semua makanan yang mengemukkan..hahahahhaha saya dah la baru je lepas pantang semua saya belasah tak kisah pun .. klu berlemak berkrim di keliling pinggang pun tak kisah sebab dah anak dua ok..hohohoohhohoho... Jom layan pic





Jamuan perpisahan Potluck UKK

salam kengkawan semua nie nak ceta ttg jamuan majlis perpisahan Pn Ruby PPA1 coz, beliau dapat durian runtuh naik pangkat S54 rezeki pn ruby kn. ok dah meleret lak padahal nak ceta ttg potluck je pon., hahhahahahahaa pada 15062015  (Isnin) hari tue kami satu ofis telah buat potluck untuk majlis tersebut. Rasa happi sesangat coz semua org-org UKK memang sporting bawa makanan pun sedap-sedap gilererr terbaek.. termasuk BIG Bos UKK , nie saya share pic makan-makan yang kami potluck jom layan...














Jom Tengok Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudikan la Drop Nama Anda di Sini !!!!