Showing posts with label kENANGANKU. Show all posts
Showing posts with label kENANGANKU. Show all posts

Monday, February 18, 2019

Dinosaur born in Sabah 2019

Dinosaur born in Sabah ... Hahahahahahahha... lawak kan ... tapi iya la mungkin ini trademark yang sesuai untuk pameran Dinosaur nie.. masa cuti panjang hari tue sempat la bawa anak-anak dan adik-adik beradik yang lain jalan-jalan bawa anak-anak pegi tengok Dinosaur harga tiket dewasa RM5 dan kanak-kanak tetapi kanak-kanak bawa 7 tahun free, berbaloi la jugak harga tiket walaupun kawasan pameran dinosaur nie tak la seluas mana tapi puashati jugak tgk sebab sekali pandang tengok Dinosaur nie macam real plak .. selain dinosaur .. panda pun ada.. menarik la jugak .. bila tengok anak-anak saya pun terhibur tengok pameran dinosaur nie.. walaupun ada anak buah saya n anak saya takut tengok nie Dinosaur... tapi sekurang-kurangnya terisi jugak masa cuti mereka dengan aktiviti-aktivit macam nie..

macam-macam jenis Dinosaur ada d sini selain terowong lampu-lampu neon pun ada.. best juga sekali sekala layan pameran-pameran macam nie.. ndak jugak bosan... apa yang penting anak-anak saya terhibur dan kami as a parents ada time untuk anak-anak walaupun siang hari sibuk mencari rezeki kan... hahahahahha ok la tak nak la celoteh panjang-panjang nanti banyak pulak mengarutnya...


Jom santai di pameran Dinosaur 











POLUMPUNG MELANGKAP VIEW CAMP SITE 2019

Assalamualaikum semua kengkawanku dalam blogku. Apa khabar hari nie?? cuti yang baru-baru nie kami sekeluarga ada pergi bercuti di percutian bajet yang baik n sangat cantik pemandangan tempatnya .. tak lain tak bukan Air terjun Polumpung Melangkap Camp Site, merupakan salah satu tempat menarik di Kota Belud yang semakin dikenali ramai disebabkan keindahan tempatnya yang memukau setiap pengunjung yang pernah datang melawat ke tempat ini. Lokasi tempat menarik ini terletak di Kampung Melangkap Baru, kira-kira 1 jam lebih pemanduan dari kota kinabalu, Sabah ikut jalan Tamparuli - Kota Belud - Ranau tetapi kita akan sampai sebelum pekan kundasang akan ada simpang masuk ke Kota Belud. Kawasan ini merupakan kawasan sukan dan rekreasi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di tempat ini, antaranya ialah berkhemah, berbeku, bermandi-manda di sungai dan sebagainya. Kami sampai di Polumpung Melangkap Camp Site pada jam 10.30 pagi dan buat pendaftaran d pondok yang telah disediakan di sana kita bole sewa tapak kemah dan konopi ... kawasan dia memang sangat cantik.. di tambah lagi dengan bunyi air terjun yang sangat menyenangkan dan jugak air terjun yang sangat sejuk... best kalu dapat repeat lagi ke sana tak puas rasanya nak mandi air terjun dengan batu-batuan yang cantik dan sangat menarik. sedikit kenangan yang sempat saya rakam untuk kenangan-kenangan saya dan family... awal Februari tahun 2019.
















Monday, December 23, 2013

Selamat Datang 2014

Sempena tahun baru ini, mari kita berhijrah kepada yg lebih baik dari tahun-tahun sudah. Bukalah buku baru di tahun baru ini dengan penuh ceria dan senyuman yang paling ceria Yeahhhhhhhhhhh!!!!... Senyum Sokmo gitu!!!  Semoga Allah SWT sentiasa memberkati kita semua. Azam baru di tahun baru tetetetetetettttttttttttt!!!! (Biar la aku sahaja yang tahu)

Semoga apa yang ku ingini dan hajati dalam hati tercapai di 2014 ini, In Syah Allah.. Selamat tinggal 2013 tiraimu akan berlabu hanya beberapa hari dan jam sahaja lagi.. apa yang tak tercapai di 2013 akan tercapai di tahun baru nie nanti In Sha Allah.. dan Masa lalu adalah sejarah, hari ini adalah gurisan, hari esok adalah harapan. Selamat datang tahun baru 2014. Dengan kedatangan 2014 ini akan membawa banyak lagi kebaikan dan kenangan yang terindah. Kenangan 2013 akan kekal menjadi kenangan seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan. Selamat tinggal kenangan 2013, selamat datang harapan atau impian 2014.. HAPPY NEW YEAR ... 




Kenangan Hari Raya KPKT

Bila Bercakap tentang hari raya .. hari nie bila belek-belek folder lama sya tetiba ternampak la kenangan hari raya tahun 2010 masa nie sya berkhidmat di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT la!!! ... memang kelakar bila tengok pic lama-lama nie..hihihihihi bole plak saya tergelak sendiri (hahahwhahahahawhahwahahhh).. terus terfikir dalam minda kenapa tak masukkan je dalam blogku kan..hihihihihih almaklum la masa nie kan badan slim je Nampak...hihihihihihi tp yang tak tahan tue muka aku macam tepung gomak je putih nya..hihihihihi mana tak masa nie kan baru je berkerja sebagai penjawat awam.. so over la aku dandan atau mungkin kot masa nie sya suka pakai bedak tebal-tebal.. hihihihihihi (Malu gitu)!!!!.. tapi ingat lagi masa raya tahun nie memang seronok sesangat mana tak seronok.. ambik gambar mana-man pun bole posing.. tepi dinding pun bole .. ada pasu bunga n jam dinding pun bole je.. selain tue bole la ingat kengkawan yang dah bertukar.. tapi memang seronok rasa... jom kita layan sesama yer kengkawan gambar yang sempat di rakam nie pun gambar-gambar yang dipilih dah klu nak muat berapa ratus la pic yang ada.. hihihihihihi.. Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Kenangan Raya 2010 seronoknya masa nie
yang pasti pompuan musti sinonim ngan posing beb!!!

Wahhhh.. sweet je bergambar dengan remaja emas nie... 
tengok tue tepi dinding n jam dinding pun boleh je posingggggg!!!!

Posing with my kolik... kenangan bersama staff SPP
mcm-mcm ada hahahahahahah
yang pasti aku ngan datin
sentiasa posing gitu!!!

Wednesday, March 6, 2013

Rindunya dengan Family di SABAH

Bila tengok balik gambar nie .. kerinduan dengan Family di Sabah amat menebal... rindu sesangat la terasa.. mcm dah lama je kat sini.. Insyahallah ada rezeki tahun nie kami akan balik Sabah lagi.. Amin.. rindu sesangat saat2 jalan2 ngan family dan lepak2 kat Mall.. huhuhuhuhu aduii rindu sesangat la... hohohohohohoho.. tp sya terpaksa gak kuat kan hati untuk mencari rezeki di perantauan nie.. selain tue dah jadi tanggungjawab dan kebiasaan Isteri ikut suami.. apa2 pun saya sayang keluarga saya d SABAH... sedikit pic buat tatapan sya setiap hari.. :'(



Tuesday, August 7, 2012

Suprise dr RTm Sabah


Kenangan Terindah Dari Unit STOR & ASET
RTM SABAH
Cantik tak kita pakai???
Pose ayu2 dgn Jaket RTM nie
Ok tak..Cantik kan.. i loike

Wah happy nyer dapat Jaket baru dr RTM, terima kasih semua.. Sya suke je baju nie.. Bole da guna untuk raya btl tak Pn. Norafiza Kassim..... Horreyyy... Ya huuuuu msh bau kedai lg tau.. Hihihi excited plak... Teringat plak trs kenangan d RTM... Bestnya... :-) Mis U Ols sume...

Jom Tengok Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudikan la Drop Nama Anda di Sini !!!!