Showing posts with label Pengalamanku. Show all posts
Showing posts with label Pengalamanku. Show all posts

Monday, September 5, 2016

Pengalaman mengajar anak tak pakai Lampin pakai Buang!!!!

Sabtu lalu rasanya tak terlambat lagi nak cerita, pengalaman mengajar anak agar mengurangkan penggunaan lampin buang (Pampers) waktu siang. first masa lepas mandikan abg firas kami pun sembanglah sambil-sambil nak lap-lap badan dia, saya ckp ngan ngan dia mcm nie..

Ibu: hari nie ibu tak nak pakaikan abg firash pampers tau.. coz pamper abg dah nak abis..

Abg Firash : Angguk tanda setuju

Ibu: so abg firas kena pakai seluar je tanpa pampers.. malam nanti baru ibu pakaikan pampers bole???

Abg Firash : Angguk2 lagi!!
(si abg pun angguk2 tak tau lah kalau dia faham apa ibu dia ckp.. tapi Insyahallah saya tahu anak saya mesti faham.. kemudian cakap lagi dengan abg firash)

Ibu: abg yayas nanti kalu nak kencing atau yak2 bagitau ibu ok.. kena bagitau masa dah nak sakit kencing tau... (Org sabah kan) dia pun angguk2. ok so saya pun siapkan la abg yayas nie macam biasa.. lepas tue budak ni menjawab.

Abg Firash: Ok ibu... tapi ibu napa adik pakai pampers abg yayas tak??

Ibu: sebab adik kecik lagi dan adik kan tak pandai ckp

Abg Firash: Ok .. angguk2

lega rasa hati bila anak iyakan sahaja.. lepas sejam kemudian kami sekeluarga layan la cerita katun kat tv tue.. tengah2 leka tengok katun nie.. tetiba budak nie datang .. Ibu yayas dah ada kencing kat situ (tunjuk air kencing dan tempat dia buang air kencing) hahahahha sya pun tergelak pas tue tak apa coz anak baru nak belajar. saya pun bangun dan cakap lagi dengan abg yayas.. lepas nie klu abg nak kencing bgtau ibu cepat-cepat sblm air kencing kuar tau.. ok .. lepas sejam kemudian dia pun berlari gtau saya.. Ibu yayas nak kencing dah nie saya pun cepat2 lah bawa budak tue masuk toilet.. so akhirnya misi pun berjaya.. setiap kali kencing dia akan bgtau lah.. tapi yang lawak masa dia nak buang air besar tengah main2 ngan adik dia tetiba dtg ngan dapatkan saya..

Abg Firash: Ibu iyak2 yayas dah jatuh... dgn muka rasa bersalah dan panik

Ibu: Saya dgn Ayah dia tergelak bila dia kata iyak2 dia dah terjatuh.. (hahahahahahahahahh)

saya pun ckp ngan dan bgtau ngan abg yayas tak apa abg pas nie abg kena bgtau ibu tau.. klu nak iyak2.. so saya pun bersihakan la nasib baik iyak dia jenis bijik2 tak cair kalu tak mampus nak bersihkan carpet umah... tapi smlm budak tue dah pandai bgtau siap cepat2 masuk toilet nak bgtau dia nak iyak2.. Alhamdulillah 2hari trainning tak pakai pampers berjaya harap2 dia akan ok la lepas nie. gitulah perkongsian cerita bila anak baru belajar tak pakai lampin pakai buang.

so rasanya ibu2 kat luar sana bole buat dan cuba macam mana saya cuba untuk anak saya.

Chaiyok..chaiyok..chaiyok



Nie la Abg Sado saya (Abg Firash)

Tuesday, August 16, 2016

Sepetang di Taman Botani Putrajaya !!!!

Hahahahahaha... bestnya tengok anak-anakku tengah bersuka ria dan berlari-lari di taman yang luas di Taman Botani tue.. seronok tengok keluargaku yang kecil tetapi bahagia.. ayah mereka pun seronok je melayan anak-anakku bermain bubble dan berlari-lari rasa macam anak-anak baru terlepas kandang... dengan suara yang berteriak riang dan selain itu dorang main bubble sambil kejar-kejar bubble.. selain kami berkela ramai lagi pengunjung yang lain datang sama macam kami juga bawa anak-anak bermain... seronok yang paling best menarik perhatiankami suami isteri masa tue sikap baik Abg Firash.. dia nampak ramai budak kecik main-main tetiba dia pergi tempat saya nak minta sumi-sumi ala makanan budak-budak tue.. dia ambik dalam beberapa bijik dia pergi agih-agih dengan kengkawan dia dia kata dia nak bagi kawan makan.. mesti kawan suka.. happy rasa syukur rupa-rupanya anak-anakku nie tak adalah kedekut ngan makanan.. syukur ya Allah kurniakan anak-anak yang cerdik dan pintar... adik Rania plak besa la asyik keja berlari nak kejar bubble dan nak juga main bubble mcm reti tp bila tgk dia angkat batang bubble tue owhhh... ajaib betul anakku rania dah reti main.. hahahahahahhahahaaa lucu siap berkawan-kawan ngan orang yang besar dari dia lagi tue... best dan happy sesangat tengok anak-anak bahagia... taraaaaa gambar kenangan kami.


Tengok gaya adik yang sibuk mengejar bubble!!!


Ayah layankan je anak-anakmu tue!!!

KAMI Welfieee

Siap bawa tikar ok..hahahahahah

Kak Flower dengan baby rania posing

Tengok la rania tengah sibuk bermain ngan
kengkawan baru dia

nak snap gambar bole-bole plak posing mcm tue

Kami lagi ngan baby Rania

Nie la hartaku dunia dan akhirat

Thursday, August 11, 2016

TB Sambutan raya di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

Kak Flower nak cerita nie.. klu nak ikut cerita nie dah lama sebulan yang lepas.. iya la kan raya kita kan bln lepas.. tapi rasa nak cerita gak pengalaman beraya di kementerian lain selain kementerian sendiri. Kami sudi beraya pun coz kawan saya tue la wana jemput mewakili kementeriannya. so saya tak berani la nak gi beraya sorang-sorang jadi saya pun bawa la kawan-kawan kat ofis untuk join sama beraya dekat KKMM tue, memang meriah la sambutan Hari Raya mereka buat. siapa ada artis lagi yang mereka jemput.. best sangat-sangat rasanya. selain tue makanan yang di hidang memang gempak la.. rasa tengak makan je perut rasa kenyang coz macam-macam makan ada setiap gerai kami lawat semua makanan sedap-sedap. Menteri KKMM juga seorang yang baik, sporting dan peramah mesra rakyat .. sempat la juga minta izin dato seri bergambar kenangan.. tapi memang bersyukur sangat la ngan kawan saya yang menjemput kami ke Majlis tersebut. coz kami sempat bergambar dengan artis dan tengok persembahan artis2 yang hadir pada petang tu.

jom layan pic yang sempat diambil masa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya KKMM



Kawan-kawanku dari MOT


Kami bersama Kawan-kawan KKMM


Nampak tak sempat je ambik gambar dengan
Dato Katy dia seorang yang sporting


Abaikan mamat kat belakang 
nak gak semak nak selfie


Ambik gambar kenangan dengan
KSU KKMM 
YBhg. Dato Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad

Ambik gambar kenangan dengan 
Menteri KKMM 
YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak 


Kawan-kawanku bergambar dgn artis
nie yang sekarang bawa watak mak2 dalam
Drama "Menantu Ting Tong"
Drama "Menantu Ting Tong"

KAMI lagi!!!

Kami lagi selfie dgn YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak


Salah satu Booth sempat
kak Flower selfi hahahahahahha... 


Sauasana dalam dewan yang
meriah penuh dengan org VVIP


Ok semoga jumpa lagi diruangan celoteh kak Flower!!! gituh!


Tuesday, August 9, 2016

Rohaidatul yg comel!!!

Aduhaiiiiii anak ibu nie makin hari makin besar dah anak ibu perangai pun setiap hari update klu dulu masa tak reti jalan nampak jak apa dia buat.. sekarang nie korang nak tahu rania.. adoiii bukan setakat nka selerak umah.. bongkar kain dan lain2 tapi sekarang nie Rania ada hobi baru.. nak tau hobi dia apa??? apa lagi main sorok-sorok dalam almari la.. adoiiiyai anak.. bayangkan satu rumah riuh nak cari budak tecik nie.. takut je dia main2 kat dalam toilet.. panggil-panggil tak menyahut.. bila semua org dah risau cari,  korang tahu dia keluar dari mana??? Almari dengan perasaan yang tak bersalahnya dia senyum kat ibunya nie.. pastu dia ajar plak ibu nak sorok-sorok ikut dia masuk almari ko rasa???? adoiiiyai anak ibu yang omei nie.. ada jak akal dia nak buat ibu nie haru biru setiap masa.. tapi dorang kata anak kedua nie memang bnyk akal mudah-mudahan akal dia baik-baik bila dia besar nanti. Amin..

Ibu rindu adik la. mudah2an adik sihat-sihat dan jaga diri dirumah pengasuh yer.. sayang adk Rania sesangat.. muahhhhhhhhhhh


Anak Kesayangku nie makin hari makin besar
semoga jadi anak yang baik dan solehah
dgr cakap org tua!!

Sunday, February 23, 2014

Lawatan ke Utusan Malaysia

Minggu lepas Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah membuat lawatan ke UTUSAN MALAYSIA di Jln Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Lawatan ini terdiri daripada Kakitangan Unit Korporat Komunikasi MOT dan PRO Jabatan dan Agensi di bawa Kementerian Pengangkutan Malaysia. Seronok juga buat lawatan kat Utusan Malaysia nie.. pegawai dan kakitangan Utusan baik-baik belaka. selain itu tempat dan suasana pejabat cantik dan teratur.. memang best je tengok tempat keja meka otak pun tak berserabut.!!! klu tak caya jap lagi saya nak share pic yang sempat kami ambik masa di Utusan Malaysia. Jom Layannnnnnnnnn...

Nie Akhbar Utusan Malaysia minggu lepas.. masuk gak dlam surat khbar
nie la kami!!!

 Sempat je Posing ngan 
Pegawai-Pegawai dan MyBos

 Amboiiiii kak Ton sempat je Posing!!!
Ofis baru Utusan Malaysia

 Pengarah Utusan Malaysia
tengah menerangkan kepada kami tentang Utusan Malaysia serta memperkenalkan
pengarah2 editor Akhbar Utusan Malaysia

 kami singgah di Seksyen Media Baru disini dia terangkan semuanya
berkenaan media yang boleh di access melalui Online

 Kami lagi di Seksyen Media Baru
seriussssssssssssnya tgk Screen Tv tue

 Sempat je gelak2 and posing depan Orang-orang
Media.

 Inila Kami Warga MOT!!!!

Sebelum bertolak balik ke Putrajaya
sempat posing depan ofis Utusan Malaysia.

Sunday, November 17, 2013

Hari Terakhir menghabiskn pantang...

Sedar tak sedar kami da di penghujung hari berpantang... Syukur Alhamdulillah ada baki lima hari lagi kami abis tempoh berpantang 44 hari... Mudah-mudahan semuanya selamat. Da tak sabar nak abis pantang.. Coz kami da jemu n boring asyik berkurung dalam umah je.. Skrg2nya klu da abis tempoh pantang boleh la kami jalan-jalan n makan makanan yang bole d makan ketika abis pantang xpayah da makan n mengadap sup setiap hari... Hihihihihiiii.. Ketika nie gak saya da boleh bersihkan bby Firash dengan baik coz bby Firash da makin besar nak dandan dia pun dah xkekok... Da boleh bawa Bby Firash bergurau walaupun masa nie dia hanya bole gelak n senyum.. Seronok gak layan bby Firash nie..  Coz anak Ibu n Ayah nie dah makin hari makin besar.. Tgk la gaya firash comel n cute je!! Kan mana x ibu dia asyik ambik gambar sambil dandan bby Firash dgn macam-macam gaya ..

                                            

                                            

                                            

                                            

Tuesday, September 3, 2013

Perkembangan Baby Izz Firash Amsyar

Salam kengkawan bloger semua, ibu Firash nak ceta sedikit tentang perkembangan Baby Sulung kami, seronok gak nak ceta nie iya la bby makin hari makin besar n makin bnyk benda belajar dari bby Firash nie iya la klu dulu masa mengandung tido lena je lebih dr cukup.... tp bila da ada bby nie tido da xnormal mcm dulu siang jd mlm dan sebaliknya tp seronok rasanya bila layan gelagat bby nie klu lapar dia akan nangis bila kenyang dia diam n sambil mata melilau-lilau tgk sekeliling... Skrg nie baby Firash da makin besar n kuat menyusu.. Dari umur 1hari hingga 22hari bby Firash da mcm bby umur sebulan berat pun makin bertambah da ...dulu 3.380kg sekarang 3.800kg .. Syukur kehadrat Ilahi coz bby Firash dah makin sehat n besar... Happy tengok pembesaran bby sulung kami nie... Alhamdulillah.. Jom layan pic bby Izz Firash Amsyar yang sempat di rakam untuk koleksi kami jom layannnnn...




Baby Firash Day 21 combinasi green n light blue.. Set baju mickey mouse disney hadiah dari Antie Suriati @sue




Baby Firash posing ms tido n ketika bangun day 18.., :)))




Baby Firash Day 18 dengan set baju dari Antie Wana koleksi Fiffy :))))




Baby Firash dengan set baju mickey mouse disney hadiah dari Antie Suraidah @Su...

Thursday, August 15, 2013

Pengalaman bersalin Normal Izz Firash Amsyar

Pada malam raya ke3 10/08/2013 time baru balik dari beraya dirumah adk, saya memang rasa sakit pinggang dan bahagian servik pun sakit tapi saya buat tak tau je coz nenek kata itu biasa bagi permulaan untuk kandungan pertama. Tetapi selepas saya menunaikan solat maghrib perut makin sakit dan sentiasa mengeras / Tegang. Atok pun usap la perut sambil dia uli-uli supaya x tegang, tetapi perut tetap gak sakit so mama n adik siap-siap coz meka da bercadang nak antar saya gi Hospital. Tepat kul 8.30pm saya pun sampai di hospital SMC Likas kota Kinabalu, Sabah. Setiba kami di Hospital saya pun di daftarkan di bilik Emergency... Setelah selesai ambil data. Saya dimasukan dalam bilik penilaian. Bila doctor periksa bukaan rahim saya baru 1cm tetapi malam tu jugak saya di tahan di wad kerana saya disyaki ada MGTT nak tau apa tue??? Mgtt kandungan gula dalam badan tinggi atau dengan kata lain ada kencing manis masa mengandung.

11/08/2013
Saya telah ditahan diwad nak tau apa yang berlaku??? Jom masa dalam wad seperti biasa la doctor pakar pun ramai. Proses pertama meka akan lawat setiap katil dan buat pemeriksaan jantung baby dan tekanan Darah kita jugak ambil BSP sebanyak 4kali sehari. Selain itu pemeriksaan bukaan rahim dibuat 3kali sehari... Terbayang x betapa seksanya duduk di wad?? Setelah buat pemeriksaan untuk bukaan rahim 3kali mereka dapati bukaan saya bru 2cm bayangkan dah 2hari 3malam duduk wad bukaan tetap sama.

13/08/2013
Pagi tue seperti biasa saya di periksa lg terapi bukaan tetap 2cm.. Sedih hati bukaan x bertambah tapi sakit kontraksi perut makin bertambah. Bila doctor pakar periksa dia kata x lama lg saya da ada tanda-tanda nak brsalin malam tue. Tapi bila doctor biasa yang bertugas mereka periksa bukaan cm saya xada pertambahan dari situ saya pun bercadang nak kuar wad gak malam tue kalau xbersalin lagi coz kontraksi perut pun makin sakit... Pastu doctor x bagi kuar coz dia kata saya dah ada kontraksi 2 in 10. Petang tue saya ajak geng 1 wad jalan-jalan turun ke Cafe excercise supaya bukaan bertambah. Coz da xtahan asyik kena seluk je... Tepat kul 10.30 mlm air ketuban tetiba pecah sya pun panggil nurse yang tengah bertugas malam tue. So dia pun panggil doctor untuk pemeriksaan, bila doctor periksa bukaan da 4cm memandangkan saya mengandung primie doctor terus request masuk labour room dan masukkan saya dalam tue coz saya xlama lg akan melahirkan baby saya "Izz Firash Amsyar", dari 11.00-4.30am baru la Putra kesayangaan kami di lahirkan.. Syukur Alhamdulillah saya dapat gak melahirkan baby boy saya dengan cara Normal, berat 3.3kg ketinggian 51.0cm. Pagi tue kami dimasukkan dalam wad di Kenanga 2, kami masuk wad selama sehari buat pemeriksaan Mggt anak plak

14/08/2013
Tepat kul 1.00pm kami telah discharge.. Gitula pengalaman bersalin pertama saya yang bole dikongsi bersama dengan kengkawan semua.. Saya ada gak share sedikit potret comel dari putra sulung kami Izz Firash Amsyar bin Abdul Rahim jom layyyyannnn....

Sent from my iPhone

Jom Tengok Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudikan la Drop Nama Anda di Sini !!!!