Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Wednesday, September 7, 2016

Kisah Kuih Penjaram @ Cucur Jawa

Nak kongsi cerita nie... semalam kak Flower ada tengok resepi nak buat kuih Penjaram nie... nie kes terpengaruh masa tengok cerita Bibik-bibikku ada kan di TV3 setiap Sabtu dan Ahad. ok lepas tue kak Flower pun tengok la resepi buat penjaram.. tengak bahan-bahan macam tak adalah payah sangat nak cari coz bahan-bahan tue semua ada kat rumah.. so kebetulan plak semalam ada releks sikit so kak Flower cuba la nak buat.. siap ikut aturan yang ada sebijik macam resepi tue tapi yang sedih tue.. kuih Penjaramnya tak menjadi tapi dari segi rasa ada la.. boleh la makan cuma betuknya tue tak nampak lawa la macam orang-orang kampung saya buat. tapi kiranya kak Flower tak ada lah sedih sekurang-kurangnya ada gak rasa.. walaupun bentuknya  kurang menarik. tengok la gambar kat bawa tue.. taraaaaaaaaaaaaaaaa...




Resepi dari AzMyaBee Little Kitchen

Bahan-bahan:-
Untuk Buat Kuih Penjaram

Gula Merah - 1 1/2 cawan
Gula Pasir - 1/2 cawan
Air - 2 cawan
Tepung Gandum - 2 cawan
Tepung Beras - 2 cawan
sedikit garam
sedikit minyak untuk mengoreng

Cara-cara Memasaknya :-
Masak gulamerah,gula pasir dan air sehingga larut 
kemudian kita ketepikan dan sejukan bahan-bahan tadi
selepas itu bila dah sejuk kita masukkan tepung dan sedikit garam 
dalam adunan tersebut dan pastikan tepung dah tak ada yang tak cair 
dan biarkan selama 3jam kemudian bila dah 3jam atau lebih
Kak Flower pun masak la...
Hasilnya ada lah seperti di atas ..hohohohohohohho

Selamat mencuba Kengkawan :)





Tuesday, September 6, 2016

Bila Rindu Makanan Sabah..!!!!!

Hari nie Kak Flower nak cerita nie.. kisah semalam.. nak dengar tak.. macam nie semalam kan isnin so semalam Kak Flower puasa la puasa sunat Isnin Khamis .. tapi asal puasa je biasa la Kak Flower akan search macam-macam resepi dekat Internet... lepas tue akk flower akan explore ... maksud akk buat apa yang ada dalam resepi yang disave dalam internet tue. Semalam kerana teringin sangat nak makan Nasi Kuning Sabah akk pun search la resepi nak buatnya macam mana??? so jom ikuti cara-cara nak buat nasi kuning SABAH!!



Resepi Nasi Kuning AzMyaBee Little Kitchen :- 

Bahan-Bahannya 
  • Beras - 2pot
  • Serbuk Kunyit - 2 Sudu Besar
  • Garam- 1 Sudu Kecik
  • Santan - 1peket secukupnya untuk masak nasi
  • Daun Pandan - 2helai
  • Halia - Sebesar ibu jari
Cara menyediakannya:-
Basuh beras dan toskan kemudian masukkan santan, kunyit, halia, daun pandan dan garam yang telah dicampur dengan air yang diperlukan untuk memasak nasi... kemudian masukkan air campuran tadi dalam periuk nasi dan masak la Nasi Kuning tersebut...(sebenarnya nie nasi kuning versi AzMyaBee)
resepi nie mudah bagi suri rumah yang tak banyak masa di dapur.. Selamat Mencuba!!!!!




Resepi Sambal Ikan AzMyaBee Little Kitchen :- 



Bahan-Bahannya 



  • Ikan Kerisi /Ikan Tonggkol  - 2 ekor (Size Kecik je.. ikan ikut suka hati)
  • Cili Kering atau Cili Boh - 3 Senduk 
  • Cili Besar - 3 Tangkai (Akk tak suka pedas)
  • Bawang Merah - 3Biji
  • Bawang Putih - 5Biji
  • Halia - Sebesar ibu jari
  • Lengkuas - Sebesar ibu jari
  • Asam Jawa - 1 separuh sudu teh
  • Kicap - 3 sudu besar
  • Serai - 3batang
  • Garam secukup rasa
  • Gula - 2sudu besar
  • Tomato - 1 biji yg besar
  • Kunyit - 1sudu besar
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara menyediakannya 

Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam.. lalu goreng sehingga garing.
Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, kunyit, serai, cili besar tunggu sehingga naik minyak kemudian masukkan garam, gula, air asam jawa dan kicap sekiranya sambal kering tambah air sedikit kemudian masukan tomato bila tomato dah nampak layu masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata... bila dah ok sedia untuk di hidang.. kan mudah :)




Resepi Pucuk ubi masak lemak AzMyaBee Little Kitchen :- 



Bahan-Bahannya 



  • Pucuk Ubi
  • Ikan Bilis - Segengam
  • Kunyit - 1 inci
  • Bawang Merah - 3Biji
  • Bawang Putih - 1Biji
  • Santan - separuh paket
  • Cili padi - 3biji
  • Garam - 2 sudu kecik
Cara-cara menyediakannya 

Celurkan pucu ubi dengan air panas.. kemudian masukkan santan dan bahan-bahan yang ditumbuk spt bawang merah, bawang puti, cili padi dan ikan bilis dalam periuk masukkan air dan masukkan pucuk ubi.. rebusla sehingga masak. senang dan cepat kan..kan..kan


Ok la dulu yer kengkawan perkongsian kita petang nie.. semoga jumpa lagi di lain capter



Monday, January 23, 2012

Spaghettiku taraaaa.....



Pagi nie cik Az sarapan pagi
dengan Spaghetti buatan sendiri
atas tunjuk ajar seorg kawan di tempat keja
hasilnya saya berjaya gak masak
Spaghetti yang sedap.. tp tak tau la selera
org lain can ner.. tp pada saya
ok je sedap je.. boleh la kg2
hehehehehehhe
cara nak sediakan pun bkn nya susah sangat pon
senang je just rebus2 n goreng2 je
pas tue masuk je la apa2 yg mau d sapak
bg spaghetti tue sedap n ada rasa..
cium bau pun dah rasa kenyang
apa lg klu nak makan..
pasti menyelerakan
Alhamdulillah siap juga sesi masak memasak Spaghetti
pepagi nie... (",)


Jom Tengok Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudikan la Drop Nama Anda di Sini !!!!