Wednesday, September 7, 2016

Kisah Kuih Penjaram @ Cucur Jawa

Nak kongsi cerita nie... semalam kak Flower ada tengok resepi nak buat kuih Penjaram nie... nie kes terpengaruh masa tengok cerita Bibik-bibikku ada kan di TV3 setiap Sabtu dan Ahad. ok lepas tue kak Flower pun tengok la resepi buat penjaram.. tengak bahan-bahan macam tak adalah payah sangat nak cari coz bahan-bahan tue semua ada kat rumah.. so kebetulan plak semalam ada releks sikit so kak Flower cuba la nak buat.. siap ikut aturan yang ada sebijik macam resepi tue tapi yang sedih tue.. kuih Penjaramnya tak menjadi tapi dari segi rasa ada la.. boleh la makan cuma betuknya tue tak nampak lawa la macam orang-orang kampung saya buat. tapi kiranya kak Flower tak ada lah sedih sekurang-kurangnya ada gak rasa.. walaupun bentuknya  kurang menarik. tengok la gambar kat bawa tue.. taraaaaaaaaaaaaaaaa...




Resepi dari AzMyaBee Little Kitchen

Bahan-bahan:-
Untuk Buat Kuih Penjaram

Gula Merah - 1 1/2 cawan
Gula Pasir - 1/2 cawan
Air - 2 cawan
Tepung Gandum - 2 cawan
Tepung Beras - 2 cawan
sedikit garam
sedikit minyak untuk mengoreng

Cara-cara Memasaknya :-
Masak gulamerah,gula pasir dan air sehingga larut 
kemudian kita ketepikan dan sejukan bahan-bahan tadi
selepas itu bila dah sejuk kita masukkan tepung dan sedikit garam 
dalam adunan tersebut dan pastikan tepung dah tak ada yang tak cair 
dan biarkan selama 3jam kemudian bila dah 3jam atau lebih
Kak Flower pun masak la...
Hasilnya ada lah seperti di atas ..hohohohohohohho

Selamat mencuba Kengkawan :)





Tuesday, September 6, 2016

Bila Rindu Makanan Sabah..!!!!!

Hari nie Kak Flower nak cerita nie.. kisah semalam.. nak dengar tak.. macam nie semalam kan isnin so semalam Kak Flower puasa la puasa sunat Isnin Khamis .. tapi asal puasa je biasa la Kak Flower akan search macam-macam resepi dekat Internet... lepas tue akk flower akan explore ... maksud akk buat apa yang ada dalam resepi yang disave dalam internet tue. Semalam kerana teringin sangat nak makan Nasi Kuning Sabah akk pun search la resepi nak buatnya macam mana??? so jom ikuti cara-cara nak buat nasi kuning SABAH!!



Resepi Nasi Kuning AzMyaBee Little Kitchen :- 

Bahan-Bahannya 
  • Beras - 2pot
  • Serbuk Kunyit - 2 Sudu Besar
  • Garam- 1 Sudu Kecik
  • Santan - 1peket secukupnya untuk masak nasi
  • Daun Pandan - 2helai
  • Halia - Sebesar ibu jari
Cara menyediakannya:-
Basuh beras dan toskan kemudian masukkan santan, kunyit, halia, daun pandan dan garam yang telah dicampur dengan air yang diperlukan untuk memasak nasi... kemudian masukkan air campuran tadi dalam periuk nasi dan masak la Nasi Kuning tersebut...(sebenarnya nie nasi kuning versi AzMyaBee)
resepi nie mudah bagi suri rumah yang tak banyak masa di dapur.. Selamat Mencuba!!!!!




Resepi Sambal Ikan AzMyaBee Little Kitchen :- 



Bahan-Bahannya 



  • Ikan Kerisi /Ikan Tonggkol  - 2 ekor (Size Kecik je.. ikan ikut suka hati)
  • Cili Kering atau Cili Boh - 3 Senduk 
  • Cili Besar - 3 Tangkai (Akk tak suka pedas)
  • Bawang Merah - 3Biji
  • Bawang Putih - 5Biji
  • Halia - Sebesar ibu jari
  • Lengkuas - Sebesar ibu jari
  • Asam Jawa - 1 separuh sudu teh
  • Kicap - 3 sudu besar
  • Serai - 3batang
  • Garam secukup rasa
  • Gula - 2sudu besar
  • Tomato - 1 biji yg besar
  • Kunyit - 1sudu besar
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara menyediakannya 

Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam.. lalu goreng sehingga garing.
Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, kunyit, serai, cili besar tunggu sehingga naik minyak kemudian masukkan garam, gula, air asam jawa dan kicap sekiranya sambal kering tambah air sedikit kemudian masukan tomato bila tomato dah nampak layu masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata... bila dah ok sedia untuk di hidang.. kan mudah :)




Resepi Pucuk ubi masak lemak AzMyaBee Little Kitchen :- 



Bahan-Bahannya 



  • Pucuk Ubi
  • Ikan Bilis - Segengam
  • Kunyit - 1 inci
  • Bawang Merah - 3Biji
  • Bawang Putih - 1Biji
  • Santan - separuh paket
  • Cili padi - 3biji
  • Garam - 2 sudu kecik
Cara-cara menyediakannya 

Celurkan pucu ubi dengan air panas.. kemudian masukkan santan dan bahan-bahan yang ditumbuk spt bawang merah, bawang puti, cili padi dan ikan bilis dalam periuk masukkan air dan masukkan pucuk ubi.. rebusla sehingga masak. senang dan cepat kan..kan..kan


Ok la dulu yer kengkawan perkongsian kita petang nie.. semoga jumpa lagi di lain capter



Monday, September 5, 2016

Pengalaman mengajar anak tak pakai Lampin pakai Buang!!!!

Sabtu lalu rasanya tak terlambat lagi nak cerita, pengalaman mengajar anak agar mengurangkan penggunaan lampin buang (Pampers) waktu siang. first masa lepas mandikan abg firas kami pun sembanglah sambil-sambil nak lap-lap badan dia, saya ckp ngan ngan dia mcm nie..

Ibu: hari nie ibu tak nak pakaikan abg firash pampers tau.. coz pamper abg dah nak abis..

Abg Firash : Angguk tanda setuju

Ibu: so abg firas kena pakai seluar je tanpa pampers.. malam nanti baru ibu pakaikan pampers bole???

Abg Firash : Angguk2 lagi!!
(si abg pun angguk2 tak tau lah kalau dia faham apa ibu dia ckp.. tapi Insyahallah saya tahu anak saya mesti faham.. kemudian cakap lagi dengan abg firash)

Ibu: abg yayas nanti kalu nak kencing atau yak2 bagitau ibu ok.. kena bagitau masa dah nak sakit kencing tau... (Org sabah kan) dia pun angguk2. ok so saya pun siapkan la abg yayas nie macam biasa.. lepas tue budak ni menjawab.

Abg Firash: Ok ibu... tapi ibu napa adik pakai pampers abg yayas tak??

Ibu: sebab adik kecik lagi dan adik kan tak pandai ckp

Abg Firash: Ok .. angguk2

lega rasa hati bila anak iyakan sahaja.. lepas sejam kemudian kami sekeluarga layan la cerita katun kat tv tue.. tengah2 leka tengok katun nie.. tetiba budak nie datang .. Ibu yayas dah ada kencing kat situ (tunjuk air kencing dan tempat dia buang air kencing) hahahahha sya pun tergelak pas tue tak apa coz anak baru nak belajar. saya pun bangun dan cakap lagi dengan abg yayas.. lepas nie klu abg nak kencing bgtau ibu cepat-cepat sblm air kencing kuar tau.. ok .. lepas sejam kemudian dia pun berlari gtau saya.. Ibu yayas nak kencing dah nie saya pun cepat2 lah bawa budak tue masuk toilet.. so akhirnya misi pun berjaya.. setiap kali kencing dia akan bgtau lah.. tapi yang lawak masa dia nak buang air besar tengah main2 ngan adik dia tetiba dtg ngan dapatkan saya..

Abg Firash: Ibu iyak2 yayas dah jatuh... dgn muka rasa bersalah dan panik

Ibu: Saya dgn Ayah dia tergelak bila dia kata iyak2 dia dah terjatuh.. (hahahahahahahahahh)

saya pun ckp ngan dan bgtau ngan abg yayas tak apa abg pas nie abg kena bgtau ibu tau.. klu nak iyak2.. so saya pun bersihakan la nasib baik iyak dia jenis bijik2 tak cair kalu tak mampus nak bersihkan carpet umah... tapi smlm budak tue dah pandai bgtau siap cepat2 masuk toilet nak bgtau dia nak iyak2.. Alhamdulillah 2hari trainning tak pakai pampers berjaya harap2 dia akan ok la lepas nie. gitulah perkongsian cerita bila anak baru belajar tak pakai lampin pakai buang.

so rasanya ibu2 kat luar sana bole buat dan cuba macam mana saya cuba untuk anak saya.

Chaiyok..chaiyok..chaiyok



Nie la Abg Sado saya (Abg Firash)

Thursday, August 25, 2016

Senyum....

Assalamualaikum kengkawanku semua.. cik flower sayang korang semua muahhhkkssss... sekarang nie mood bosan tak tau nak buat keja apa.. keja bnyk tapi tak ada mood nak buat keja.. tak tau nak explain mcm mn..!!!  ok abaikan je.. nie nak share nie bila kita  suka senyum segala-galanya manis je kan... masalah akan tertutup.. bukan saya cakap sya suka senyum untuk tutup masalah tak.. tapi bila kita suka senyum bukan sahaja menampakan kita bahagia tapi buat muka kita sentiasa manis dan mudah disenangi oleh orang ramai.. selain itu dapat kawan bnyk betul tak??? betul la tue .. walaupun kita tak kenal orang tue tapi bila permulaan kita senyum automatik orang akan suka sembang dengan kita selain tue automatik bertegur sapa kn.. sama macam aku.. tak kisah la aku kenal tak kenal saya suka senyum kat org. tapi ada gak yang kita senyum dia hambar je .. tapi nampak sangat muka dia kertu.. betul tak??? so apa kata kita mulakan hari kita dengan senyuman setiap hari dan disusui dengan selawat sikit.. Alhamdulillah muka pun berseri dan manis sahaja kn.. jom tgk pic nie



Senyummmmm....


Nie la senyuman ikhlas dari cik Flower tau...!!!!

Wednesday, August 24, 2016

Tuesday, August 16, 2016

Sepetang di Taman Botani Putrajaya !!!!

Hahahahahaha... bestnya tengok anak-anakku tengah bersuka ria dan berlari-lari di taman yang luas di Taman Botani tue.. seronok tengok keluargaku yang kecil tetapi bahagia.. ayah mereka pun seronok je melayan anak-anakku bermain bubble dan berlari-lari rasa macam anak-anak baru terlepas kandang... dengan suara yang berteriak riang dan selain itu dorang main bubble sambil kejar-kejar bubble.. selain kami berkela ramai lagi pengunjung yang lain datang sama macam kami juga bawa anak-anak bermain... seronok yang paling best menarik perhatiankami suami isteri masa tue sikap baik Abg Firash.. dia nampak ramai budak kecik main-main tetiba dia pergi tempat saya nak minta sumi-sumi ala makanan budak-budak tue.. dia ambik dalam beberapa bijik dia pergi agih-agih dengan kengkawan dia dia kata dia nak bagi kawan makan.. mesti kawan suka.. happy rasa syukur rupa-rupanya anak-anakku nie tak adalah kedekut ngan makanan.. syukur ya Allah kurniakan anak-anak yang cerdik dan pintar... adik Rania plak besa la asyik keja berlari nak kejar bubble dan nak juga main bubble mcm reti tp bila tgk dia angkat batang bubble tue owhhh... ajaib betul anakku rania dah reti main.. hahahahahahhahahaaa lucu siap berkawan-kawan ngan orang yang besar dari dia lagi tue... best dan happy sesangat tengok anak-anak bahagia... taraaaaa gambar kenangan kami.


Tengok gaya adik yang sibuk mengejar bubble!!!


Ayah layankan je anak-anakmu tue!!!

KAMI Welfieee

Siap bawa tikar ok..hahahahahah

Kak Flower dengan baby rania posing

Tengok la rania tengah sibuk bermain ngan
kengkawan baru dia

nak snap gambar bole-bole plak posing mcm tue

Kami lagi ngan baby Rania

Nie la hartaku dunia dan akhirat

Baby Ogos Bufday Boy!!!

Pejam celik pejam celik anak ibu dah besar dah .... 13 Ogos 2016 baru-baru nie anak ibu Izz Firas Amsyar dah masuk usia 3 tahun.. Syukur alhamdulillah ya Allah sentiasa melindungi anak2ku semoga anakku sorang nie menjadi anak yang soleh Amin... nak cerita nie 1st planning nak bawa anak ibu nie gi Port Dikson nak celebrate bufday boy la tetiba plak anak ibu nie demam.. rupa-rupanya dia demam rindu mak ayah dia mana taknya duduk umah atok dah 2 minggu kot. Tapi bila kami datang Alhamdulillah anakku dah sihat dan makin aktif main-main dengan adik rania... gitu la rasanya kot klu anak bila tak nampak mak ayah lama .. rindu sampai demam tue.. cian anak ibu nie. tapi walaupun ia xsihat sangat masa tue .. keesokan hari tue kami bawa la abang firash gi Taman Botani, Putrajaya.. kami kiranya berkelah la kat situ memang happy je tgk abg firash main lari-lari dan main bubble dengan adik rania dan kengkawan yang ada kat situ.. masa tue memang seronok tengok abg firash sihat dan happy sesangat main. nak sambung semula cerita bufday tadi tue...hahahahha kami sambut bufday abg firas kat umah atok je mlm tue.. rasa sayu hati anakku makin besar.. dalam hati terdetik abg firash dah makin besar semoga menjadi anak yg bijak dan cerdik serta hormat orang tua... Amin


Nie la Abg Firas @ yayas
comel anak ibu nie.. muahhkkkksss


Thursday, August 11, 2016

TB Sambutan raya di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

Kak Flower nak cerita nie.. klu nak ikut cerita nie dah lama sebulan yang lepas.. iya la kan raya kita kan bln lepas.. tapi rasa nak cerita gak pengalaman beraya di kementerian lain selain kementerian sendiri. Kami sudi beraya pun coz kawan saya tue la wana jemput mewakili kementeriannya. so saya tak berani la nak gi beraya sorang-sorang jadi saya pun bawa la kawan-kawan kat ofis untuk join sama beraya dekat KKMM tue, memang meriah la sambutan Hari Raya mereka buat. siapa ada artis lagi yang mereka jemput.. best sangat-sangat rasanya. selain tue makanan yang di hidang memang gempak la.. rasa tengak makan je perut rasa kenyang coz macam-macam makan ada setiap gerai kami lawat semua makanan sedap-sedap. Menteri KKMM juga seorang yang baik, sporting dan peramah mesra rakyat .. sempat la juga minta izin dato seri bergambar kenangan.. tapi memang bersyukur sangat la ngan kawan saya yang menjemput kami ke Majlis tersebut. coz kami sempat bergambar dengan artis dan tengok persembahan artis2 yang hadir pada petang tu.

jom layan pic yang sempat diambil masa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya KKMM



Kawan-kawanku dari MOT


Kami bersama Kawan-kawan KKMM


Nampak tak sempat je ambik gambar dengan
Dato Katy dia seorang yang sporting


Abaikan mamat kat belakang 
nak gak semak nak selfie


Ambik gambar kenangan dengan
KSU KKMM 
YBhg. Dato Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad

Ambik gambar kenangan dengan 
Menteri KKMM 
YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak 


Kawan-kawanku bergambar dgn artis
nie yang sekarang bawa watak mak2 dalam
Drama "Menantu Ting Tong"
Drama "Menantu Ting Tong"

KAMI lagi!!!

Kami lagi selfie dgn YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak


Salah satu Booth sempat
kak Flower selfi hahahahahahha... 


Sauasana dalam dewan yang
meriah penuh dengan org VVIP


Ok semoga jumpa lagi diruangan celoteh kak Flower!!! gituh!


Tuesday, August 9, 2016

Program Jalinan Mesra MOT Bersama Pelanggan Anjuran Pelabuhan Kuantan..

Alhamdulillah cun-cun gak kami datang Pelabuhan Kuantan Pahang. dalam tentatif tue program start pikul 10. alhamdulillah kami sempat datang sblm perasmian bermula.. bayangkan la kepenatan dan keletihan pada masa itu.. dah la bertolak dari Putrajaya 6.30pagi sampai Kuantan dalam pukul 10.00am padahal kalu ikutkan bole datang awal kan sebab pepagi kenderaan kurang tapi dah rezeki kami sampai kul 10.00am .. tapi syukur Alhamdulillah la juga sampai dengan selamat. tapi nak cerit nie betapa panasnya ketika berada di Pelabuhan Kuantan tue.. tgk kawasan pun memang kawasan panas .. coz dekat dengan laut .. dan lagi  mana tak panas..  lombong bauxit kot!!! hohohohohohohooo.. memang sun burn la nasib baik dah pakai sun block siap-siap dari rumah. sampai je dekat perkarangan program tue kami pun bersiap-siap cepat la coz tak lama lepas tue persamian pun bermula. Syukur selalu sempat gak berada di program tue sebelum perasmian. kami jangka pengunjung tak ramai coz program buat dalam pelabuhan je.. tapi tekaan itu salah.. pengunjung sangat ramai dan mereka sangat sporting..  Alhamdulillah barang yang kami bawa dari Putrajaya habis dan sangat laris macam pisang goreng panas..huhuhuhuhuhuhu.. memang terbaik la. rasa macam sekejap je dalam program tue kami pun dipelawa untuk makan tengahari dan selepas itu progrem disambung semula dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan cabutan bertuah.. Syukur semalam tue memang hari bertuah saya.. nama pertama cabutan bertuah nama saya kena panggil.. syukur sekali lagi.. selepas semua dah selesai kami pun bertolak balik ke Putrajaya.. penat tak berbayar lagi .. Alhamdulillah jalan ok tak jem kami pun selamat sampai ke Putrajaya dalam pukul 7.15 pm.. Syukur sampai dengan selamat.. :)


Ketua Lembaga Pelabuhan Kuantan 
LPKtn

KAMI tak sah klu tak posing n selfie gitu!!!

Sibuk melayan pengunjung!!

Sempat aja berselfi..hohohohoh

Cik Flower dapat cabutan yang bertuah sangat!!!
Terima kasih LPKtn

Rohaidatul yg comel!!!

Aduhaiiiiii anak ibu nie makin hari makin besar dah anak ibu perangai pun setiap hari update klu dulu masa tak reti jalan nampak jak apa dia buat.. sekarang nie korang nak tahu rania.. adoiii bukan setakat nka selerak umah.. bongkar kain dan lain2 tapi sekarang nie Rania ada hobi baru.. nak tau hobi dia apa??? apa lagi main sorok-sorok dalam almari la.. adoiiiyai anak.. bayangkan satu rumah riuh nak cari budak tecik nie.. takut je dia main2 kat dalam toilet.. panggil-panggil tak menyahut.. bila semua org dah risau cari,  korang tahu dia keluar dari mana??? Almari dengan perasaan yang tak bersalahnya dia senyum kat ibunya nie.. pastu dia ajar plak ibu nak sorok-sorok ikut dia masuk almari ko rasa???? adoiiiyai anak ibu yang omei nie.. ada jak akal dia nak buat ibu nie haru biru setiap masa.. tapi dorang kata anak kedua nie memang bnyk akal mudah-mudahan akal dia baik-baik bila dia besar nanti. Amin..

Ibu rindu adik la. mudah2an adik sihat-sihat dan jaga diri dirumah pengasuh yer.. sayang adk Rania sesangat.. muahhhhhhhhhhh


Anak Kesayangku nie makin hari makin besar
semoga jadi anak yang baik dan solehah
dgr cakap org tua!!

TB Hari Raya Aidilfitri 2016

Assalamualaikum semua kengkawan.. semoga pagi nie kita semua diberikesihatan yang baik Insyahallah... nie nak cerita tentang raya Aidilfitri yang lepas.. macam ketinggalan pulakkk kan dah abis raya baru beriya-iya nak post pasal raya..hahahahahhahaha lawak pun ada. Tapi saya suka bercerita benda yang dah lepas.. almaklumla idea lambat sampai..hahahahahah.. kan tak gitu!!!!
raya baru-baru nie saya sambut dengan keluarga sebelah suami.. Alhamdulillah semua happy dan bahagia walaupun tak dapat balik kampung asal suami. Raya kat Banting pun Okey.. walaupun keluarga kami tak berapa besar tapi alhamdulillah masih dikurniakan kebahgian dalam hubungan kekeluargaan.. Happy sesangat tengok memori Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016. terima kasih ya Allah masih bagi kami peluang untuk terus mengeratkan hubungan silaturahim dan sentiasa memberikan kami rezeki kebahagian dalam keluarga .. selain itu masih diberikan keseronokan melihat wajah-wajah kesayangan kami yang sentiasa gembira dan sihat hendaknya.

Jom layan sedikit moment dariku:

Keluarga KAMI

Kami Lagi..

Dan Lagi...

Nie la keluargaku
Hartaku dunia Akhirat.. AMIN

Thursday, July 28, 2016

Adik Nurul Amira!!!

Nak cerita nie tentang budak nie dia sorang yang baik dan periang .. tapi yang bestnya saya suka dia nie coz dia nie suka gadget dan creative. besala kan budak-budak fresher lagi.. budak baru abis graduan.. memang idea dia bnyk saya suka.. suka minta idea kat dai lepas tue dia nie bukan jenis kerekkkk tau.. dia memang jenis sempoii tapi smart tau.. suka ngan dia nie.. kecik-kecik tapi lasak. mungkin lepas nie banyak lagi benda nak belajar dan kongsi dari dia nie.. coz semua benda dia buat DIY je ok.. so nampak tak kat situ dah jimat... so untuk nak banyak lagi ilmu dari dia nie.. kena la kenal dan berkawan dengan dia .. itu je nak cerita saya nie tak reti sangat nak bercerita tentang org apa yang saya tulis nie apa yang saya rasa.. hahahahahahahahahahaaa (budak baru belajar nak menulis blog la katakan)


Nie la budak tue.. comel kan :)
Adik Nurul Amira Abdullah @ mira

Wednesday, July 27, 2016

Product Tati Terbaek!!!

Hi semua.. Syukur Alhamdulillah, Allah masih berikan kesihatan yang baik pada hambaNya yang daif nie.. sejak kebelakangan ini banyak kita tengok macam-macam product yang dijual.. merata macam-macam ada dari cream muka hinggala ke collegan. Disni saya nak kongsi satu produk nie memang terbaik la .. tapi kehebatan produk nie memang bukan setakat saya je yang guna.. semua orang2 yang saya tanya rata-rata memang memilih produk nie... nak tau produk apa nie la dia "TATI" memang best klu tak caya try trial setnya memang terbaek la.

Kalau rasa ingin mencuba produk TATI skin care nie.. tinggalkan no hp anda dalam ruangan komen yer .. bole kita wassapp je.. tapi terus terang cakap memang produk nie memang baik and superb... so adik-adik manis diluar sana jangan lama2 jom kita pakai TATI skin care nie.. memang baik dan bagus harga pun harga mampu milik tak mahal tapi kesan pada kulit yang bermasalah memang sangat berkesan.. so jangan tunggu lama lagi jom kita berTATI.. pasti flewwless tau..



Ini la produknya .. jome sweet-sweet gituhhhh


Tuesday, July 12, 2016

Assalamualaikum...Coretanku di Syawal Ke - 7


Assalamualaikum semua... Auchummm bersin rasanya bila buka blog yang dah lama di tinggalkan .. sedih je ayat bukan tak nak update tapi tak ada masa rasanya nak update setiap hari almaklumla sekarang nie keja makin bertambah-tambah.. jadi bila dah penat semua pun dah tak dapat update lagi-lagi blogku yang dah lama kena serangan laba-laba nie. sebenarnya saya nak kongsi cerita je tentang puasa dan raya baru-baru nie.. lain sungguh rasanya raya tahun nie walaupun saya tak balik sabah tahun nie coz tahun nie turn suami beraya di kampungnya.. tapi kampung pun bukan jauh sangat dekat je di Banting.. tp seronok gak sambut raya kat banting walaupun tak sehebat di kampung yang betul-betul suasana kampung. tapi saya seronok beraya disini, anak-anak pun seronok.

Insyahallah tahun depan kalau panjang umur kami sekeluarga akan beraya di KOTA KINABALU SABAH. tapi tak sabar rasanya nak balik Kota Kinabalu ujung tahun nie. nak jumpa mak ayah dan adik beradik yang lain dan yang paling utama nak jumpa nenekku tersayang I Love U Inah... usia dia makin hari makin berusia.. semoga panjang umur nenekku tercayang. sedih plak bila kenang dia.. iya la setahun sekali je dapat balik kampung halaman.. kalau dah bersuami atau bekeluarga nie nie la yang terpaksa kita hadap.. jumpa keluarga kena la setahun sekali yang macam saya la .. keluarga jauh dipisakan oleh laut china selatan.

terkadang bila ingat famly tue hati rasa sedih.. tp bila pandang anak-anak dan suami tercinta ada di sisi hilang sekejap kerinduan dengan famly.. tapi kita sebagai isteri dan ibu kena kuat kerna orang lain pun sama jugak cuma kalau dapat yang satu negeri atau dekat ngan famly tue satu bonus pada mereka lah. tapi kawin orang jauh  nie bagus juga seronok, keluarga berkembang dan banyak budaya yang dapat kita kongsi bersama. cara masakan dan makanan tue memang dia la... tapi syukur Alhamdulillah  saya dapat keluarga mertua yang baik dan penyayang. Ok la dulu yer nak kuar dulu nanti saya sambung lagi... sesi luahan perasaanku nie.


Jumpa lagi!!!!

Friday, May 20, 2016

Assalamualaikum!!!!

Assalamualaikum semua.. aduii punya la lama tak buka blog nie.. saya rasa sesawang pun dah banyak sangat bayangkan last update 7 September 2015 last year..hohohohohohohooo... nie menunjukkan yang saya  skrg nie dah banyak keja nak buat n kekadang terlupa ... kering idea tue pun ia juga padahal dalam kotak fikiranan nie banyak benda nak tulis tapi bila keja datang berjuta-juta lemon semua hilang apa yang nak di tulis..hohohohohohoho...(Peningggggggg) biasa la keja seorang isteri, anak dan ibu nie yang terlampau banyak nak buat. nak update pun tak berkesempatan.. mudah2an lepas nie saya akan rajin nak update untuk berkongsi pengalaman ngan kengkawan.. 

Ok la nak Out dulu yer Sblm tue Jom kongsi Ilmu dari Prof Muhaya 


"Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan dengan berpegang kepada tujuh kunci kebahagian (menurut Ali bin Abi Talib). 
Pertama, jangan membenci sesiapa pun, walaupun ada yang menyalahi hakmu. 

Kedua, jangan bersedih secara berlebihan sekalipun problem memuncak. 

Ketiga, hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada. 

Keempat, berbuatlah kebaikan, walaupun cuma sekali. 

Kelima, banyakkan memberi walaupun kita sedang susah. 

Keenam, tersenyumlah, walaupun hatimu sedang menangis.

Ketujuh, jangan putuskan berdoalah untuk saudara seislam. " 




Jom Tengok Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudikan la Drop Nama Anda di Sini !!!!