Wednesday, September 7, 2016

Kisah Kuih Penjaram @ Cucur Jawa

Nak kongsi cerita nie... semalam kak Flower ada tengok resepi nak buat kuih Penjaram nie... nie kes terpengaruh masa tengok cerita Bibik-bibikku ada kan di TV3 setiap Sabtu dan Ahad. ok lepas tue kak Flower pun tengok la resepi buat penjaram.. tengak bahan-bahan macam tak adalah payah sangat nak cari coz bahan-bahan tue semua ada kat rumah.. so kebetulan plak semalam ada releks sikit so kak Flower cuba la nak buat.. siap ikut aturan yang ada sebijik macam resepi tue tapi yang sedih tue.. kuih Penjaramnya tak menjadi tapi dari segi rasa ada la.. boleh la makan cuma betuknya tue tak nampak lawa la macam orang-orang kampung saya buat. tapi kiranya kak Flower tak ada lah sedih sekurang-kurangnya ada gak rasa.. walaupun bentuknya  kurang menarik. tengok la gambar kat bawa tue.. taraaaaaaaaaaaaaaaa...




Resepi dari AzMyaBee Little Kitchen

Bahan-bahan:-
Untuk Buat Kuih Penjaram

Gula Merah - 1 1/2 cawan
Gula Pasir - 1/2 cawan
Air - 2 cawan
Tepung Gandum - 2 cawan
Tepung Beras - 2 cawan
sedikit garam
sedikit minyak untuk mengoreng

Cara-cara Memasaknya :-
Masak gulamerah,gula pasir dan air sehingga larut 
kemudian kita ketepikan dan sejukan bahan-bahan tadi
selepas itu bila dah sejuk kita masukkan tepung dan sedikit garam 
dalam adunan tersebut dan pastikan tepung dah tak ada yang tak cair 
dan biarkan selama 3jam kemudian bila dah 3jam atau lebih
Kak Flower pun masak la...
Hasilnya ada lah seperti di atas ..hohohohohohohho

Selamat mencuba Kengkawan :)





No comments:

Jom Tengok Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudikan la Drop Nama Anda di Sini !!!!