Showing posts with label Perkembangan JaninKu. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan JaninKu. Show all posts

Monday, May 13, 2013

25 Minggu Usia kandunganku ...

Alhamdulillah usia kandunganku ketika ini telah masuk 25 Minggu, Syukur kehadrat Illahi kerana bagi kami kesihatan anak beranak tanpa sebarang alahan dan sakit-sakit. Rasa gembira bila tengok perutku yang semakin memboyot dan pergerakan baby pulak makin kuat terasa.. Happy je rasanya bila dapat rasa baby tengah bergerak2..

Tetapi sekarang ini jantina baby belum lagi diketahui .. Pandai gak anak mama nie sembunyi2 kan..hihihhi tapi pada kami.. x kisah la anak lelaki ker Or Pompuan yang penting anak ini selamat dan sempurna. Amin ya Rabbal alamin... (Sambil senyum)

Hari nie sempat gak mengambil sekeping potret terbaru dari ibu mengandung nie.. nie pon sebab kengkawan selalu minta saya share kan gambar yang tengah mengandung nie.. so pagi nie tak nak la lepas peluang minta tolong kawan, minta tolong snapkan gambar tengah preggy tanpa secalit make up pun coz pagi tadi xsempat nak touch up .. xkisah la janji permintaan kengkawanku tertunai gak so layan la pic saya yang tengah Pregy nie.. hihihiihi tadaaaaaaaaaaaaaa...


 
Perut kecik je Pun... skrg nie dah masuk
25 Minggu @ 6 bulan 1 Minggu !!!

Wednesday, March 27, 2013

Dah Trimester Ke-2!!!

Alhamdulillah kesihatan kandunganku semakin baik dan sihat.. macam tak rasa je masa berlalu .. pejam celik pejam celik dah masuk trimester ke-2 dah.. bestnya tak sabar rasanya nak sambut kedatangan org baru dalam hidup kami... sekarang nie pun usia kandungan dah 18 Minggu rasa macam baru je.. tp bila asyik kira-kira.. rupa2nya kandunganku semakin besar, perut pun makin boyot..huhuhuhuhu tp besa la kan Mak yong ..hahahahahhaha.

Ketika nie plak selera menbuak-buak.. tak kisah sangat dah memilih makanan asal lapar je makan.. tp satu yang saya rasa macam lain ialah bila saya rasa kenyang perut teggang N keras je..huhuhuhuhuu.. tapi ada kawan kata, klu Keras tue maknanya baby suke la coz dia bnyk makan.. happy la sebab kenyang.. hahahah seronok gak bila Mengandung nie.. macam2 perasaan tue ada.

Syukur Alhamdulillah buat masa ini Baby N Ibu baby sentiasa sehat sahaja.. AMIN..

Ok la kengkawan nie je la cerita untuk kali nie... nanti ada gud news kita share lagi yer... Cau Cin Cauuuuuuu... Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

Thursday, February 14, 2013

Yeah!!! Perkembangan fetus Kehamilanku masuk ke 12 Minggu

Nie Kenyataan di copy dari BabyCenter....


Muka bayi anda lebih mirip rupa manusia, walaupun panjangnya dari mercu kepala ke punggung hanya sekitar 2 inci / 5.5 sentimeter dan beratnya kurang sedikit dari setengah auns / 14 gram. Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih rapat. Telinga hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala. Hati mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan kencing ke dalam pundi kencing.

Jika abdomen anda ditusuk-tusuk, fetus akan bergeliang-geliut, walaupun anda tidak akan terasa pergerakan ini. Sel-sel saraf fetus sedang giat membiak dan sinaps-sinaps (penghubung saraf dalam otak anda) sedang terbina. Fetus telah memperolehi lebih banyak refleks: jari tutup jika tapak tangan disentuh, jari kaki bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh dan jika disentuh kelopak mata, otot mata akan menggenggam.


Pada masa ini, doktor anda sudah dapat merasakan bahagian atas uterus, juga dikenali sebagai fundus yang terletak rendah di bawah abdomen.

Apabila anda memasuki trimester kedua, anda akan mula memakai baju yang lebih longgar yang tidak menghalang pergerakan. Tak lama lagi, pakaian biasa anda tidak muat dan tak dapat dipakai lagi.

Anda mula menyedari bahawa selera anda pun kembali semula setelah perasaan 'mabuk' menghilang. Rujuklah bagaimana hendak makan secara baik pada minggu-minggu berikutan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Jom Tengok Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudikan la Drop Nama Anda di Sini !!!!