Showing posts with label Pengalaman Rasmi. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Rasmi. Show all posts

Sunday, October 4, 2015

Ceritera Bintulu Sarawak!!!

Dua minggu yang lepas, sempat la tengok negeri sarawak tapi kawasan Bintulu sahaja .. mana taknya keja tue buat di Bintulu.. Hari Bertemu Pelanggan memang orang Bintulu buat di Ofis meka.. di Pelabuhan Bintulu... memang besar juga la ofis LPBintulu nie. memandangkan saya 1st time sampai ke Bintulu, Sarawak. Macam rasa bestnya.. tetapi xada lah best mana coz tak sempat jelajah Bintulu Sarawak, Coz masa sangat singkat.. nak jalan-jalan ke pasar pagi bintulu pun tak sempat coz keja rushing ba.. tapi perasaan excited tue memang ada, lagi best kat Bintulu dapat rasa belacan yang sedap dan 1st time makan sayur Midin memang sedap... tambah lagi ada menu Umai..hohohohoho.. memang terbaikla makanan Tradisional Bintulu. Kalau orang Sarawak memang tahu la menu tue.. memang sedap juga sekali sekala bila layannnnnn...

JOM LAYAN PIC SEMASA DI BINTULU


K.A.M.I 


Jom layan lapar di petang hari...


View Sungai Bintulu, Sarawak dari Hotel


K.A.M.I dlm bilik Hotel


Booth MOT Pn. Dayang N Pn. Ayu posing
Gitu...


Orang Pertama yang jawab kuiz and
lawat Booth Kami


View Pelabuhan Bintulu, Sarawak


View Pelabuhan Bintulu dari Anjung Tinjau
Ofis LPB


View Pelabuhan Bintulu dari Anjung Tinjau
Ofis LPB


View Pelabuhan Bintulu dari Anjung Tinjau
Ofis LPB


View Pengkalan stesen Minyak Bintulu, Sarawak
siap ada api lagi ...


Muka Pening coz time nie jerebu dan |
pening coz bau asid Amonia yang kuat
 (Asid buat baja)


Saya ngan puan Ayu sempat je posing 


Ontheway balik ke Putrajaya sempat je posing
di Airport Bintulu, Sarawak

Wednesday, July 29, 2015

Kami Bertugas di majlis memperingati Targedi MH17

Pada 11 Julai 2015 seawal 7.00 am kami semua yang ditugasakan sebagai sekretariat dari MOT untuk Majlis Memperingati Tragedi MH17 telah siap menunggu untuk bergerak ke Kompleks Bunga Raya, Sepang KLIA. Saya dengan semua kengkawan yang bertugas telah memulakan perjalanan ke Majlis memperingati tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine, majlis memperingatinya diadakan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini dijangka bermula 10 pagi ini.
Majlis berkenaan dijangka dihadiri 1,000 tetamu yang terdiri keluarga dan rakan mangsa (NOK). yang telah di hantar melalui kenderaan MOT ke Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Majlis tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Beserta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato Liow Tiong Lai.
Pesawat MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine pada 17 Julai tahun lalu.Pesawat itu yang ditembak jatuh di ruang udara wilayah Donestk, menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia terkorban. Sya ditugaskan sebagai menjaga Media Tempatan dan Media Asing memang best la pengalaman masa menjaga media sempat gak berjumpa dengan ramai wartawan dan Pembaca Berita TV3. Selain tue rasa bertuah gak la dapat gak masuk ke  ke Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) coz nak masuk situ bukan mudah hanya VVIP sahaja yang layak nasib la diarah untuk bertugas.
Sempatlah juga posing kat Majlis dan diluar Kompleks Bunga Raya tue (Biasala kalu hantu selfie nie kan..kan..kan) sedikit Potret untuk di kongsi:

Pas untuk masuk ke dalam Kompleks Bunga Raya
KLIA, Sepang



Sempat je posing kat depan white
Board..


Barisan Deligasi Luar Negara


Menteri Pengangkutan dengan
Timbalan Perdana Menteri


Barisan Menteri-menteri yang hadir sama
di Majlis Memperingati MH17


Perdana Menteri bersama Isteri dan Menteri Pengangkutan
Serta Timbalan Perdana Menteri



Barisan waris dan kengkawan terdekat (NOK)


UKK and the geng



Nie aku la....

Wednesday, January 29, 2014

Event di Kementerian Kami!!!

Hai kengkawan lama tak entry dalam blog nie.. sebenarnya bukan tak nak update tapi masa tak mengizinkan almaklum la sejak kebelakangan nie kan keja banyak. so masa nak update pun tak de.. tp sebenarnya banyak nak stori mori nie.. cuma tak tau nak start dari mana...

Semalam 27 Jan 2014 ari tue d tempat keja saya ada buat event iaitu Perutusan Tahun Baru YB menteri Kementerian Pengangkutan Malaysia, yang disampaikan Oleh  YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam program nie unit kami terlibat la Iya... la Unit Komunikasi Korporat la katakan tak lain tak bukan mesti berkaitan MEDIA, Ofcoz la kami handle bahagian media je.. seronok gak bertugas sebagai urusetia sekali sekala nie.. mau tak best ??? hahahahhaha..

Tapi masa bertugas tue sempat la juga ambik gambar kenangan.. besa la klu bab2 posing nie memang saya pantang nampak kamera man nak je mintak dia snap..hihiihihi klu lawa tak po gak kan.. (gelakkkkk sakan), dalam2 bertugas tue sempat la juga rakam gambar kenangan bersama staff n Bos-bos Unit Komunikasi Korporat MOT... apa lg nak ceta hahahahhah... tettttttttttttttttttt hilang idea.. ok la kengkawan jom layan pic kami yang skema nie...


Nie Unit Komunikasi Korporat tp nie pic sebahagian staf je
yang lain ada lagi tp bertugas dalam dewan...
nampak tak kesegakan kami.

Posing ngan Bos UKK, dan staf UKK.. Skemaaaaa Je

Haaa.. Comel tak kak Ton??
Mcm cantik je mcm lawa je..hahahahahaha
(Perasaaaaaaaaaaaan)

Posing wit Pn. Manoliza.. Dua2 dari Borneo
sorg SABAH  &  SARAWAK

Nie geng2 UKK, MOT, MIROS & PAK
sempoiiiii je meka posing


Friday, December 20, 2013

Bengkel Bersama Penulis Bestseller Zamri Mohamad

Alhamdulillah.. sya telah diberi kesempatan oleh DIA YANG MAHA KUASA LAGI PERKASA, untuk menghadirkan diri ke Bengkel Seharian Bersama Penulis Bestseller dalam buku pengurusan dan juga Novel. Walaupun pada ketika itu saya rasakan saya nak masuk dalam Bengkel nie hanya untuk mencukupkan kursus tahunan saya!!! Bengkel ini adalah anjuran Perpustakaan Kementerian Pengangkutan dengan penceramahnya ialah Tuan Zamri Mohamad. Tujuan sya nak masuk bengkel nie pun sebab bos saya arahkan untuk masuk coz tahun depan kami kena siapkan Buletin Kementerian so saya pun dengan rela hati menghadirkan diri dalam bengkel nie walaupun pada hakikatnya saya nak hadiri hanya untuk mencukupkan hari kursus. Tetapi berlainan sedikit bila saya dah masuk dalam bengkel nie rasa macam seronok je dan terasa bertuahnya diri ini coz berkesempatan mengikuti Bengkel Penulisanini yang menyebabkan terus terbit dari hati tue ingin jadi penulis Blogers yang baik walaupun selama nie saya asyik kekurangan idea untuk mengarang dalam blog saya. Bagi saya mengikuti bengkel nie adalah untuk mencari idea dan peluang yang baik untuk mempelajari cara penulisan dan penerbitan yang baik, bagi penghasilan buletin ... blogers dan novel walaupun pada hakikatnya sya tak pernah bercita-cita nak jadi seorang penulis cukup sekadar jadi blogers yang baik.

Semalam tuan penceramah sempat berkongsi Ilmu bagaimana cara –cara menjadi penulisan yang baik dan bagaimana nak dapatkan idea untuk memulakan dalam penulisan. Penceramah nie memang baik suka sharing dan penerangan pun jelas dan mantappppppppppp gitueeeeee... dalam bengkel nie dia suka sharing cara teknik penulisan untuk menghasilakan sebuah buku untuk diterbitkan di pasaran. Antara cara-caranya ialah Read Writing, Co Writing, Rofe Writing, Pre Writing, Writing, Re Writing. Tue la teknik penulisan yg penulis guna untuk mendapatkan penulisan yang baik.. sedikit potret yang sempat di rakam untuk hiasan blogku  ini... Terbaek la.. hihihihihihihihiiiiiiiiiii.

                         
Bergambar dengan Tuan Penceramah dan juga peserta
Bengkel Penulisan Tuan Zamri... Ni la Bakal-bakal Penulis yang berbakat besar...

                                           
Sempat je Posing ngan Tuan Zamri
Penulis Bestseller Malaysia!!!
                           
Ni la antara hasil karya-karya yang dihasilkan oleh bakal penulis
novel dan Pengurusan yang dihasilkan dalam masa 30 minit
oleh para peserta bengkel.

                            
Nie la hasil nukilaku ketika mengikuti Bengkel Penulisan Bersama
Bestseller Malaysia... Zamri Mohamad
Buku yang sempat aku lakar
menjadi contoh plak tue...!!!


Tuesday, May 28, 2013

Festival Hari Belia Putrajaya 2013

Sempena Festival Belia Putrajaya 2013 minggu lepas saya dan kengkawan serta bos2 kat ofis telah diarahkan untuk bertugas di Booth MOT, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Sempena Festival tue kami telah bertugas selama 4 hari tapi sya bertugas 2 Hari je coz xlarat.. almaklum la org tengah sarat nie.. keja yang larat d buat pun hanyalah keja ringan-ringan je...

Walaupun terasa penat n letih bertugas di Hari Belia Putrajaya tue.. tp seronok gak.. iya la bnyk aktiviti yang di anjurkan.. besttttttttttttt... selain tue banyak plak cabutan bertuah yang di anjurkan hadiah pun menarik jua.. walaupun semuanya rata-rata hamper makanan.

Nie nak cerita masa Festival Hari Belia 2013 Putrajaya, En. Suami dapat hadiah cabutan bertuah.. sekueeeeeeeeee.. nie la kot dinamakan tuah anak..hihihihihi happy bila dapat call untuk datang keesokan harinya untuk tuntut Hadiah Cabutan Bertuah...

Sedikit gambar untuk dikongsi buat teman-teman diluar sana.. jom Layanzzzzzzzzzzz...


Suasana di Booth MOT, Last Week bestkan
mcm-mcm aktiviti dibuat...

Timbalan Menteri Sumber Manusia pun sempat gak
Lawat Booth MOT, selain tue En.Saleki pun salah seorg
Pegawai yang hadir untuk menyampaikan Hamper Cabutan Bertuah
Kepada para Pemenang...
Sempat je aku post ngan En.Suami
walaupan hari last nie saya tidak bertugas
cuma datang teman suami nak claim Hamper Cabutan Bertuah..


Tuesday, December 18, 2012

Kursus Bina Insan @ Glory Beach Resort

Terlebih dahulu saya ucapkan Assalamualaikum dan salam Ukwah semua.. ( Ayat keinsafan gitu)
rasa mcm lama tak on9 kat blog nie nak coret-coret pun tak ada masa coz ada je keja nak wat last2 terlupa... hihihihihii.. Sori la kengkawan lama tak bersihkan sesawang kat blog saya nie.. ari nie ada la kesempatan sedikit jadi sempat la nak cerita pengalaman pergi Kursus Bina Insan, minggu lepas bertempat di Glory Beach Resort, Port Dikcson. Dalam kursus nie banyak la menerapkan nilai-nilai murni dan keinsafan pada diri sendiri... selain itu banyak juga membimbing kearah kebaikan.

Tapi dalam kursus nie kita dapat berkenalan sesama agensi yang dipanggil "Ice Breaking" totally memang best la kurssus kali nie hingga kan tak rasa berkursus coz sedar-sedar dah last day kat PD ari tue.. tp seperti biasa la kan ada je gambar2 nak d share kan.. jom layannnnnnnnnnn... TARAAAAAAAAAAA...



 




Monday, September 24, 2012

UTC "Pusat Transformasi Bandar"

 
Sweeettttttt.. sempat gak posing ngan Sykeen N her Husband..
Comel kan... I Loiked

Peaceeeeeeee... sweet Smile
sukeeeeeeeeeeeeeeeee.....

Posing wit My Husband...
ok tak tp badan dah gemukkkkkkkkkkkkkkkkkk..
Diets kena jaga... hohohohoho
 

Cerianya... Sweet Couple Nie
sweettttt.. senyum manjang je mcm Iklan Darlie
 

Ala Control Senyum plak...
huhuhuuhuhuh..lalalalalallallalallaall
 
Jangan Lupa Posing tau
Depan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
 

Nie la Program yang kita pergi
Hadiri ari Sabtu lepassssss.... best gak ...


Sabtu 22 September 2012,
Kami and kawan kami tela hadir ke Program Pusat Transformasi Bandar, yang dilancarkan
di Jalan Pudu Raya, Kuala Lumpur.. Sedikit gambar yang sempat di rakam kan... buat teman2 semua..


Jom Tengok Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudikan la Drop Nama Anda di Sini !!!!