Pada 11 Julai 2015 seawal 7.00 am kami semua yang ditugasakan sebagai sekretariat dari MOT untuk Majlis Memperingati Tragedi MH17 telah siap menunggu untuk bergerak ke Kompleks Bunga Raya, Sepang KLIA. Saya dengan semua kengkawan yang bertugas telah memulakan perjalanan ke Majlis memperingati tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine, majlis memperingatinya diadakan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini dijangka bermula 10 pagi ini.
Majlis berkenaan dijangka dihadiri 1,000 tetamu yang terdiri keluarga dan rakan mangsa (NOK). yang telah di hantar melalui kenderaan MOT ke Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Majlis tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Beserta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato Liow Tiong Lai.
Pesawat MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine pada 17 Julai tahun lalu.Pesawat itu yang ditembak jatuh di ruang udara wilayah Donestk, menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia terkorban. Sya ditugaskan sebagai menjaga Media Tempatan dan Media Asing memang best la pengalaman masa menjaga media sempat gak berjumpa dengan ramai wartawan dan Pembaca Berita TV3. Selain tue rasa bertuah gak la dapat gak masuk ke ke Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) coz nak masuk situ bukan mudah hanya VVIP sahaja yang layak nasib la diarah untuk bertugas.
Sempatlah juga posing kat Majlis dan diluar Kompleks Bunga Raya tue (Biasala kalu hantu selfie nie kan..kan..kan) sedikit Potret untuk di kongsi:
No comments:
Post a Comment