Baru-baru nie saya dan keluarga telah balik ke Kota Kinabalu SABAH, bercuti sempena menyambut Hari Raya Aidilfirtri almaklumla tahun nie turn saya beraya di kampung kelahiran saya Kota Kinabalu Sabah. rasa seronok sangat bila sebut je balik ke Sabah. mana taknya?? Balik kampung sendiri kot memang gembira sangat-sangat la rasa. dapat jumpa sedara mara yang jauh dengan dekat. Kebetulan raya ke 4 Mak Cik Su (Antie Minnie) call ajak kami jalan-jalan iya la dah balik KK takkan tak nak jalan-jalan kan. So Antie Minnie nak ajak jalan ke Rumah Terbalik di Tamparuli memang teringinla nak ke sana coz saya lama kat Kota Kinabalu Sabah pun tak pernah jejak kaki lagi ke Rumah Terbalik Nie memang teruja la nak ke sana, coz sebelum nie banyak gak dengar dari kengkawan tetapi asal balik je memang tak berkesempatan nak jalan-jalan ke situ. Bila dah diajak so kami pun mulakan la perjalanan ke Rumah Terbalik tue tak jauh la nak sampai ke Rumah terbalik tue ambil masa dalam 45 minit dari Bandar Kota Kinabalu.
Sampai di Rumah Terbalik tue kami masuk ke kaunter pembayaran Setiap orang yang masuk dikenakan bayaran - dewasa pemegang mykad dikenakan sebanyak RM10.60 Kanak-Kanak RM5.60 sen tue ditambah sebab perkhidmatan GST. Bayaran yang dikenakan agak mahal mengikut pendapat orang ramai ..... tak berbaloi. Ini kerana tidak ada apa-apa aktiviti yang disediakan selain melihat-lihat sahaja. Tidak banyak pula yang hendak dilihat kerana rumahnya kecil sahaja ambil gambar di dalam rumah pun tidak dibenarkan. Tetapi saya tak berapa kisah sangat coz saya nak tau apa yang sebenarnya ada dalam rumah terbalik tue, apa yang istimewa sangat. Taraaaaaaaaaaa.. rupa-rupanya apa yang istimewanya adalah semua barang dalam rumah tue terbalik dan Jurutera yang buat idea-idea tue adalah dikalangan jurutera tempatan.Walau bagaimanapun pengunjung dibenarkan mengambil gambar di kawasan luar rumah sahaja.
KuatNyer ayah Firas nak angkat keta
Kancil tue..
Kancil tue..
Kami lagi...
No comments:
Post a Comment