Monday, February 18, 2019

POLUMPUNG MELANGKAP VIEW CAMP SITE 2019

Assalamualaikum semua kengkawanku dalam blogku. Apa khabar hari nie?? cuti yang baru-baru nie kami sekeluarga ada pergi bercuti di percutian bajet yang baik n sangat cantik pemandangan tempatnya .. tak lain tak bukan Air terjun Polumpung Melangkap Camp Site, merupakan salah satu tempat menarik di Kota Belud yang semakin dikenali ramai disebabkan keindahan tempatnya yang memukau setiap pengunjung yang pernah datang melawat ke tempat ini. Lokasi tempat menarik ini terletak di Kampung Melangkap Baru, kira-kira 1 jam lebih pemanduan dari kota kinabalu, Sabah ikut jalan Tamparuli - Kota Belud - Ranau tetapi kita akan sampai sebelum pekan kundasang akan ada simpang masuk ke Kota Belud. Kawasan ini merupakan kawasan sukan dan rekreasi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di tempat ini, antaranya ialah berkhemah, berbeku, bermandi-manda di sungai dan sebagainya. Kami sampai di Polumpung Melangkap Camp Site pada jam 10.30 pagi dan buat pendaftaran d pondok yang telah disediakan di sana kita bole sewa tapak kemah dan konopi ... kawasan dia memang sangat cantik.. di tambah lagi dengan bunyi air terjun yang sangat menyenangkan dan jugak air terjun yang sangat sejuk... best kalu dapat repeat lagi ke sana tak puas rasanya nak mandi air terjun dengan batu-batuan yang cantik dan sangat menarik. sedikit kenangan yang sempat saya rakam untuk kenangan-kenangan saya dan family... awal Februari tahun 2019.
















No comments:

Jom Tengok Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudikan la Drop Nama Anda di Sini !!!!