Assalamualaikum semua ... apa khbar hari ini, saya doakan kalian baik baik saja... hari ini saya nak kongsi pengalaman pertama dalam percubaan menjinak-jinakan diri dalam perniagaan makanan secara kecil-kecilan.. jom ikuti kisahnya:-
3 Okt 2017 (Selasa)
3.30am seawal ini saya dah mula bangun untuk menyiapkan bahan dan makanan jualan saya untuk paginya.. saya masak nasi dan buat la rempah ratus untuk masakan mee hoon dan mee.. saya tak perasan rupa-rupanya saya terlebih sukatan air untuk masak nasi.. korang rasa klu terlebih air apa jadi???? mesti la nasi tue lembutkan sikit lagi jadi bubur... tetiba hati rasa sedih dan takut kesiangan klu nak masak semula.. tapi bila duduk dalam keadaan sedih (rasa mcm nak nangis je)... dalam hati berkata (napa lah tak ukur bagus2 ya..) hati dah sedih n sampaikan terlintas di fikiran "berkata ingat berniaga itu tidak mudah apa lagi kalu melibatkan masakan!!!!" hati dah mula sedih .. sehinggakan saya terduduk seketika bila lihat nasi dalam periuk lembik... tapi kengkawan nak tau keajiban apa Allah bagi!!!! cuba teka apa korang rasa Allah bagi jawapan dengan saya... macam nie ini memang keajiban yang betul2 Allah bagi dengan kesusahan hati saya itu.. Nasi tersebut menjadi nasi yang biasa tak jadi lembik dan bila saya cubit untuk rasa nasi tersebut.. korang tau nasi tue ngam dah ukuranya dan cantik n elok je bila saya bungkus untuk dijual.. Rasa syukurNya ya Allah .. terus sujud dan berdoa kerana Allah mendengar rintihan hambanya yang tengah dalam kesedihan.. Pengajaran dari situ " Allah itu maha mendengar dan maha mengasihani hamba-hambaNYa yang selalu meminta kepadanya dan tidak pernah berputus asa.. itu lah yang dapat saya rasakan dan alami pagi tadi... Oleh itu kengkawan semua.. mari la kita sama-sama sentiasa memanjatkan doa pada Allah yang Maha Esa.. bak kata pepatah "Meminta pada manusia.. manusia akan bosan bila selalu sangat nak meminta.. tetapi bila minta dan menadah tangan dengan Allah.. Allah tak pernah jemu untuk mendengar rintihan dan permintaan kita" lebih kurang macam tue la..
No comments:
Post a Comment