Assalamualaikum dan salam sejahtera kengkawan semua .. lama ia tak berblog.. rasa2nya masuk setahun juga kot ia tak online blog nie... sebelum saya meneruskan apa yang terlintas di hati ini.. (dihati ini terus ...) saya ingin mengucapkan Salam awal Muharram kepada semua Umat Islam di dunia ini... semoga kita akan terus berusaha tingkatkan kualiti hidup kita n terus pasang cita-cita hingga berjaya... biar kita lemah dimata manusia tapi kita nampak kuat dipandanganNya dan terus menjadi seorang yang kuat berpegang teguh kepadaNya yang satu.. Insyahallah.
sebenarnya tak ada apa yang nak sangat saya kongsikan di sini. cuma saya nak berkongsikan tentang pandangan manusia yang suka mendabik dada kepada insan yang lemah.. mungkin saat ini kita rasa sangat berjaya dan sentiasa betul sehinggakan kita lupa akan yang kita jua adalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.. kita berbangga pada hari ini tetapi kita kena ingat esok lusa kita ada anak hari ini kita susahkan orang dan persulitkan urusan setiap insan yang lemah dan yang baru mahu melangkah.. INGAT!!! kengkawan esok kita akan dibalas .. dan jangan mengeluh bila kita terasa ada diantara kita atau dalam keluarga kita mendapat nasib yang sama.. itu maknanya peringatan atau balasan atas apa yang kita lakukan tanpa kita sedari atau sebaliknya.
Ingat hidup didunia ini hanyalah sementara.. kita tidak akan kekal dibumi Allah ini buat selama2nya .. satu masa nanti kita akan dipanggil untuk menemui pencipta kita.. jadi bertaubat la dan sedarlah akan kekurangan diri kita ini.. kita haruslah bertaqwa kepadaNya ... kerana apabila kita tidak menjadikan Taqwa sebagi KPI.. hidup tak akan senang didunia mahu pun di akhirat .. oleh itu kawan-kawan.. marilah kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt.. sesungguhnya dialah pencipta kita yang maha agung. dan orang yang bertaqwa itu tidak minta pun Allah beri Rezeki ... malahan sentiasa bersyukur dan Allah sentiasa menambahkan rezekinya... Aminnn
P/S: apa yang baik semua dari Allah swt.. dan apa yang buruk itu semua daripada kekilafan saya.. SALAM AWAL MUHARRAM 1439 H SEMUA!!!!
ok sampai disini saja buat masa ini semoga jumpa lagi InsyahAllah
No comments:
Post a Comment