Wednesday, September 7, 2016

Kisah Kuih Penjaram @ Cucur Jawa

Nak kongsi cerita nie... semalam kak Flower ada tengok resepi nak buat kuih Penjaram nie... nie kes terpengaruh masa tengok cerita Bibik-bibikku ada kan di TV3 setiap Sabtu dan Ahad. ok lepas tue kak Flower pun tengok la resepi buat penjaram.. tengak bahan-bahan macam tak adalah payah sangat nak cari coz bahan-bahan tue semua ada kat rumah.. so kebetulan plak semalam ada releks sikit so kak Flower cuba la nak buat.. siap ikut aturan yang ada sebijik macam resepi tue tapi yang sedih tue.. kuih Penjaramnya tak menjadi tapi dari segi rasa ada la.. boleh la makan cuma betuknya tue tak nampak lawa la macam orang-orang kampung saya buat. tapi kiranya kak Flower tak ada lah sedih sekurang-kurangnya ada gak rasa.. walaupun bentuknya  kurang menarik. tengok la gambar kat bawa tue.. taraaaaaaaaaaaaaaaa...




Resepi dari AzMyaBee Little Kitchen

Bahan-bahan:-
Untuk Buat Kuih Penjaram

Gula Merah - 1 1/2 cawan
Gula Pasir - 1/2 cawan
Air - 2 cawan
Tepung Gandum - 2 cawan
Tepung Beras - 2 cawan
sedikit garam
sedikit minyak untuk mengoreng

Cara-cara Memasaknya :-
Masak gulamerah,gula pasir dan air sehingga larut 
kemudian kita ketepikan dan sejukan bahan-bahan tadi
selepas itu bila dah sejuk kita masukkan tepung dan sedikit garam 
dalam adunan tersebut dan pastikan tepung dah tak ada yang tak cair 
dan biarkan selama 3jam kemudian bila dah 3jam atau lebih
Kak Flower pun masak la...
Hasilnya ada lah seperti di atas ..hohohohohohohho

Selamat mencuba Kengkawan :)





Tuesday, September 6, 2016

Bila Rindu Makanan Sabah..!!!!!

Hari nie Kak Flower nak cerita nie.. kisah semalam.. nak dengar tak.. macam nie semalam kan isnin so semalam Kak Flower puasa la puasa sunat Isnin Khamis .. tapi asal puasa je biasa la Kak Flower akan search macam-macam resepi dekat Internet... lepas tue akk flower akan explore ... maksud akk buat apa yang ada dalam resepi yang disave dalam internet tue. Semalam kerana teringin sangat nak makan Nasi Kuning Sabah akk pun search la resepi nak buatnya macam mana??? so jom ikuti cara-cara nak buat nasi kuning SABAH!!



Resepi Nasi Kuning AzMyaBee Little Kitchen :- 

Bahan-Bahannya 
  • Beras - 2pot
  • Serbuk Kunyit - 2 Sudu Besar
  • Garam- 1 Sudu Kecik
  • Santan - 1peket secukupnya untuk masak nasi
  • Daun Pandan - 2helai
  • Halia - Sebesar ibu jari
Cara menyediakannya:-
Basuh beras dan toskan kemudian masukkan santan, kunyit, halia, daun pandan dan garam yang telah dicampur dengan air yang diperlukan untuk memasak nasi... kemudian masukkan air campuran tadi dalam periuk nasi dan masak la Nasi Kuning tersebut...(sebenarnya nie nasi kuning versi AzMyaBee)
resepi nie mudah bagi suri rumah yang tak banyak masa di dapur.. Selamat Mencuba!!!!!




Resepi Sambal Ikan AzMyaBee Little Kitchen :- 



Bahan-Bahannya 



  • Ikan Kerisi /Ikan Tonggkol  - 2 ekor (Size Kecik je.. ikan ikut suka hati)
  • Cili Kering atau Cili Boh - 3 Senduk 
  • Cili Besar - 3 Tangkai (Akk tak suka pedas)
  • Bawang Merah - 3Biji
  • Bawang Putih - 5Biji
  • Halia - Sebesar ibu jari
  • Lengkuas - Sebesar ibu jari
  • Asam Jawa - 1 separuh sudu teh
  • Kicap - 3 sudu besar
  • Serai - 3batang
  • Garam secukup rasa
  • Gula - 2sudu besar
  • Tomato - 1 biji yg besar
  • Kunyit - 1sudu besar
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara menyediakannya 

Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam.. lalu goreng sehingga garing.
Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, kunyit, serai, cili besar tunggu sehingga naik minyak kemudian masukkan garam, gula, air asam jawa dan kicap sekiranya sambal kering tambah air sedikit kemudian masukan tomato bila tomato dah nampak layu masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata... bila dah ok sedia untuk di hidang.. kan mudah :)




Resepi Pucuk ubi masak lemak AzMyaBee Little Kitchen :- 



Bahan-Bahannya 



  • Pucuk Ubi
  • Ikan Bilis - Segengam
  • Kunyit - 1 inci
  • Bawang Merah - 3Biji
  • Bawang Putih - 1Biji
  • Santan - separuh paket
  • Cili padi - 3biji
  • Garam - 2 sudu kecik
Cara-cara menyediakannya 

Celurkan pucu ubi dengan air panas.. kemudian masukkan santan dan bahan-bahan yang ditumbuk spt bawang merah, bawang puti, cili padi dan ikan bilis dalam periuk masukkan air dan masukkan pucuk ubi.. rebusla sehingga masak. senang dan cepat kan..kan..kan


Ok la dulu yer kengkawan perkongsian kita petang nie.. semoga jumpa lagi di lain capter



Monday, September 5, 2016

Pengalaman mengajar anak tak pakai Lampin pakai Buang!!!!

Sabtu lalu rasanya tak terlambat lagi nak cerita, pengalaman mengajar anak agar mengurangkan penggunaan lampin buang (Pampers) waktu siang. first masa lepas mandikan abg firas kami pun sembanglah sambil-sambil nak lap-lap badan dia, saya ckp ngan ngan dia mcm nie..

Ibu: hari nie ibu tak nak pakaikan abg firash pampers tau.. coz pamper abg dah nak abis..

Abg Firash : Angguk tanda setuju

Ibu: so abg firas kena pakai seluar je tanpa pampers.. malam nanti baru ibu pakaikan pampers bole???

Abg Firash : Angguk2 lagi!!
(si abg pun angguk2 tak tau lah kalau dia faham apa ibu dia ckp.. tapi Insyahallah saya tahu anak saya mesti faham.. kemudian cakap lagi dengan abg firash)

Ibu: abg yayas nanti kalu nak kencing atau yak2 bagitau ibu ok.. kena bagitau masa dah nak sakit kencing tau... (Org sabah kan) dia pun angguk2. ok so saya pun siapkan la abg yayas nie macam biasa.. lepas tue budak ni menjawab.

Abg Firash: Ok ibu... tapi ibu napa adik pakai pampers abg yayas tak??

Ibu: sebab adik kecik lagi dan adik kan tak pandai ckp

Abg Firash: Ok .. angguk2

lega rasa hati bila anak iyakan sahaja.. lepas sejam kemudian kami sekeluarga layan la cerita katun kat tv tue.. tengah2 leka tengok katun nie.. tetiba budak nie datang .. Ibu yayas dah ada kencing kat situ (tunjuk air kencing dan tempat dia buang air kencing) hahahahha sya pun tergelak pas tue tak apa coz anak baru nak belajar. saya pun bangun dan cakap lagi dengan abg yayas.. lepas nie klu abg nak kencing bgtau ibu cepat-cepat sblm air kencing kuar tau.. ok .. lepas sejam kemudian dia pun berlari gtau saya.. Ibu yayas nak kencing dah nie saya pun cepat2 lah bawa budak tue masuk toilet.. so akhirnya misi pun berjaya.. setiap kali kencing dia akan bgtau lah.. tapi yang lawak masa dia nak buang air besar tengah main2 ngan adik dia tetiba dtg ngan dapatkan saya..

Abg Firash: Ibu iyak2 yayas dah jatuh... dgn muka rasa bersalah dan panik

Ibu: Saya dgn Ayah dia tergelak bila dia kata iyak2 dia dah terjatuh.. (hahahahahahahahahh)

saya pun ckp ngan dan bgtau ngan abg yayas tak apa abg pas nie abg kena bgtau ibu tau.. klu nak iyak2.. so saya pun bersihakan la nasib baik iyak dia jenis bijik2 tak cair kalu tak mampus nak bersihkan carpet umah... tapi smlm budak tue dah pandai bgtau siap cepat2 masuk toilet nak bgtau dia nak iyak2.. Alhamdulillah 2hari trainning tak pakai pampers berjaya harap2 dia akan ok la lepas nie. gitulah perkongsian cerita bila anak baru belajar tak pakai lampin pakai buang.

so rasanya ibu2 kat luar sana bole buat dan cuba macam mana saya cuba untuk anak saya.

Chaiyok..chaiyok..chaiyok



Nie la Abg Sado saya (Abg Firash)

Jom Tengok Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudikan la Drop Nama Anda di Sini !!!!