Wednesday, July 29, 2015

Rumah Terbalik Di Tamparuli Sabah

Baru-baru nie saya dan keluarga telah balik ke Kota Kinabalu SABAH, bercuti sempena menyambut Hari Raya Aidilfirtri almaklumla tahun nie turn saya beraya di kampung kelahiran saya Kota Kinabalu Sabah. rasa seronok sangat bila sebut je balik ke Sabah. mana taknya?? Balik kampung sendiri kot memang gembira sangat-sangat la rasa. dapat jumpa sedara mara yang jauh dengan dekat. Kebetulan raya ke 4 Mak Cik Su (Antie Minnie) call ajak kami jalan-jalan iya la dah balik KK takkan tak nak jalan-jalan kan. So Antie Minnie nak ajak jalan ke Rumah Terbalik di Tamparuli memang teringinla nak ke sana coz saya lama kat Kota Kinabalu Sabah pun tak pernah jejak kaki lagi ke Rumah Terbalik Nie memang teruja la nak ke sana, coz sebelum nie banyak gak dengar dari kengkawan tetapi asal balik je memang tak berkesempatan nak jalan-jalan ke situ. Bila dah diajak so kami pun mulakan la perjalanan ke Rumah Terbalik tue tak jauh la nak sampai ke Rumah terbalik tue ambil masa dalam 45 minit dari Bandar Kota Kinabalu. 

Sampai di Rumah Terbalik tue kami masuk ke kaunter pembayaran Setiap orang yang masuk dikenakan bayaran - dewasa pemegang mykad dikenakan sebanyak RM10.60 Kanak-Kanak RM5.60 sen tue ditambah sebab perkhidmatan GST. Bayaran yang dikenakan agak mahal mengikut pendapat orang ramai ..... tak berbaloi. Ini kerana tidak ada apa-apa aktiviti yang disediakan selain melihat-lihat sahaja. Tidak banyak pula yang hendak dilihat kerana rumahnya kecil sahaja  ambil gambar di dalam rumah pun tidak dibenarkan. Tetapi saya tak berapa kisah sangat coz saya nak tau apa yang sebenarnya ada dalam rumah terbalik tue, apa yang istimewa sangat. Taraaaaaaaaaaa.. rupa-rupanya apa yang istimewanya adalah semua barang dalam rumah tue terbalik dan Jurutera yang buat idea-idea tue adalah dikalangan jurutera tempatan.Walau bagaimanapun pengunjung dibenarkan mengambil gambar di kawasan luar rumah sahaja.

KuatNyer ayah Firas nak angkat keta
Kancil tue..


Posing jangan tak posing..hihihihihi


Hurmmmm busuknyerrrrrrrrrrr yakkk..yakkk



Hahahahahahha.. Badang SABAH bah nie


KAMI bertiga bby gurl tinggal


Sweet Moment ngan Antie Minnie and anak dia

Kami lagi...


nak gak peggang bunga yang terbalikkk


Wit My Love Bolat!!!

Kami Bertugas di majlis memperingati Targedi MH17

Pada 11 Julai 2015 seawal 7.00 am kami semua yang ditugasakan sebagai sekretariat dari MOT untuk Majlis Memperingati Tragedi MH17 telah siap menunggu untuk bergerak ke Kompleks Bunga Raya, Sepang KLIA. Saya dengan semua kengkawan yang bertugas telah memulakan perjalanan ke Majlis memperingati tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine, majlis memperingatinya diadakan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini dijangka bermula 10 pagi ini.
Majlis berkenaan dijangka dihadiri 1,000 tetamu yang terdiri keluarga dan rakan mangsa (NOK). yang telah di hantar melalui kenderaan MOT ke Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Majlis tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Beserta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato Liow Tiong Lai.
Pesawat MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine pada 17 Julai tahun lalu.Pesawat itu yang ditembak jatuh di ruang udara wilayah Donestk, menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia terkorban. Sya ditugaskan sebagai menjaga Media Tempatan dan Media Asing memang best la pengalaman masa menjaga media sempat gak berjumpa dengan ramai wartawan dan Pembaca Berita TV3. Selain tue rasa bertuah gak la dapat gak masuk ke  ke Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) coz nak masuk situ bukan mudah hanya VVIP sahaja yang layak nasib la diarah untuk bertugas.
Sempatlah juga posing kat Majlis dan diluar Kompleks Bunga Raya tue (Biasala kalu hantu selfie nie kan..kan..kan) sedikit Potret untuk di kongsi:

Pas untuk masuk ke dalam Kompleks Bunga Raya
KLIA, Sepang



Sempat je posing kat depan white
Board..


Barisan Deligasi Luar Negara


Menteri Pengangkutan dengan
Timbalan Perdana Menteri


Barisan Menteri-menteri yang hadir sama
di Majlis Memperingati MH17


Perdana Menteri bersama Isteri dan Menteri Pengangkutan
Serta Timbalan Perdana Menteri



Barisan waris dan kengkawan terdekat (NOK)


UKK and the geng



Nie aku la....

Jom Tengok Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudikan la Drop Nama Anda di Sini !!!!