Sunday, December 29, 2013

KORBAN (Pengajaran untuk kita Semua)



Short Film ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua yang bergelar Ayah dan Ibu yang mempunyai anak, walaupun kita sayang sangat dengan harta benda, tapi kena ingat harta yang paling berharga adalah Cahaya Mata kita. Korban la Harta di Dunia demi Harta Di Akhirat..

Renung-renungkan.. Selamat Menonton!!!!

Wednesday, December 25, 2013

Khamis yang Indah!!!!

Salam kengkawan semua.. mesti korang terigin nak baca blog kita kan coz nak tahu apa yang indah sesangat hari nie (Khamis).. sebenarnya mcm nie hari nie kan 26 Disember 2013 so hari nie ramai staf kat ofis nie bercuti .. ala besa la sambung cuti X'mas .. hanya beberapa orang sahaja yang datang keja.. so hari nie ofis rasa sunyi je.. tp unit kitorg xpernah sunyi xkisah lah orang ramai atau sikit bising tetap bising, mana taknya... ktorg suka usik mengusik so suasana kerja pun jadi Heboq..heboq..heboq (ala mcm lagu Heboq2 tue lagu Joe Flizzow). hari nie kitorang rasa happy je.. buat keja sambil gelak-gelak. bukan apa, saya rasa happy coz saya nie suka usik budak Kelantan sorg nie dia plak jenis yang suka gelak x pernah terasa klu diusik.. so makin la saya suka usik dia.. dgr pelat dia cakap kelate tue sm macam sya pelat Borneo xpernah hilang kalu sembang ngan org.. bila Borneo dan Pantai Timur bercakap mcm itik ngan ayam la jawapnya..hihihihihihihihihi... lagi satu yang kelakar ari nie tetiba saya mcm pekak kayu lak bila bos sya tanya line Internet ada atau xada.. bole-bole saya jawap apa??? haahahahahah.. saya tanya berulang-ulang ada dalam 5kali tanya... baru la jelas pertanyaan puan tue... kelakar tak kelakar?? bole-bole lak aku jadi pekak mcm tue sekali..hohohohohohohohooo.. mgk nie effect dari bersalin kot.. banyak urat-urat kecil yang terputus kot ....hihihihihihih iya-iya je saya ckp nie.. macam betul je!!! tapi tue la hakikatnya pendengaran ada problem sikit.. semenjak dua menjak nie.. apa-apa pun tue je la yang indahnya hari nie... hahahahah mgkn pada korang x indah tapi pada saya indah je..

 Nie karekter kita kat ofis.. best tak???

Perangai dan kenakalan kami di Ofis
hahahahahhahhaha...

Monday, December 23, 2013

Selamat Datang 2014

Sempena tahun baru ini, mari kita berhijrah kepada yg lebih baik dari tahun-tahun sudah. Bukalah buku baru di tahun baru ini dengan penuh ceria dan senyuman yang paling ceria Yeahhhhhhhhhhh!!!!... Senyum Sokmo gitu!!!  Semoga Allah SWT sentiasa memberkati kita semua. Azam baru di tahun baru tetetetetetettttttttttttt!!!! (Biar la aku sahaja yang tahu)

Semoga apa yang ku ingini dan hajati dalam hati tercapai di 2014 ini, In Syah Allah.. Selamat tinggal 2013 tiraimu akan berlabu hanya beberapa hari dan jam sahaja lagi.. apa yang tak tercapai di 2013 akan tercapai di tahun baru nie nanti In Sha Allah.. dan Masa lalu adalah sejarah, hari ini adalah gurisan, hari esok adalah harapan. Selamat datang tahun baru 2014. Dengan kedatangan 2014 ini akan membawa banyak lagi kebaikan dan kenangan yang terindah. Kenangan 2013 akan kekal menjadi kenangan seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan. Selamat tinggal kenangan 2013, selamat datang harapan atau impian 2014.. HAPPY NEW YEAR ... 




Kenangan Hari Raya KPKT

Bila Bercakap tentang hari raya .. hari nie bila belek-belek folder lama sya tetiba ternampak la kenangan hari raya tahun 2010 masa nie sya berkhidmat di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT la!!! ... memang kelakar bila tengok pic lama-lama nie..hihihihihi bole plak saya tergelak sendiri (hahahwhahahahawhahwahahhh).. terus terfikir dalam minda kenapa tak masukkan je dalam blogku kan..hihihihihih almaklum la masa nie kan badan slim je Nampak...hihihihihihi tp yang tak tahan tue muka aku macam tepung gomak je putih nya..hihihihihi mana tak masa nie kan baru je berkerja sebagai penjawat awam.. so over la aku dandan atau mungkin kot masa nie sya suka pakai bedak tebal-tebal.. hihihihihihi (Malu gitu)!!!!.. tapi ingat lagi masa raya tahun nie memang seronok sesangat mana tak seronok.. ambik gambar mana-man pun bole posing.. tepi dinding pun bole .. ada pasu bunga n jam dinding pun bole je.. selain tue bole la ingat kengkawan yang dah bertukar.. tapi memang seronok rasa... jom kita layan sesama yer kengkawan gambar yang sempat di rakam nie pun gambar-gambar yang dipilih dah klu nak muat berapa ratus la pic yang ada.. hihihihihihi.. Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Kenangan Raya 2010 seronoknya masa nie
yang pasti pompuan musti sinonim ngan posing beb!!!

Wahhhh.. sweet je bergambar dengan remaja emas nie... 
tengok tue tepi dinding n jam dinding pun boleh je posingggggg!!!!

Posing with my kolik... kenangan bersama staff SPP
mcm-mcm ada hahahahahahah
yang pasti aku ngan datin
sentiasa posing gitu!!!

Friday, December 20, 2013

Bengkel Bersama Penulis Bestseller Zamri Mohamad

Alhamdulillah.. sya telah diberi kesempatan oleh DIA YANG MAHA KUASA LAGI PERKASA, untuk menghadirkan diri ke Bengkel Seharian Bersama Penulis Bestseller dalam buku pengurusan dan juga Novel. Walaupun pada ketika itu saya rasakan saya nak masuk dalam Bengkel nie hanya untuk mencukupkan kursus tahunan saya!!! Bengkel ini adalah anjuran Perpustakaan Kementerian Pengangkutan dengan penceramahnya ialah Tuan Zamri Mohamad. Tujuan sya nak masuk bengkel nie pun sebab bos saya arahkan untuk masuk coz tahun depan kami kena siapkan Buletin Kementerian so saya pun dengan rela hati menghadirkan diri dalam bengkel nie walaupun pada hakikatnya saya nak hadiri hanya untuk mencukupkan hari kursus. Tetapi berlainan sedikit bila saya dah masuk dalam bengkel nie rasa macam seronok je dan terasa bertuahnya diri ini coz berkesempatan mengikuti Bengkel Penulisanini yang menyebabkan terus terbit dari hati tue ingin jadi penulis Blogers yang baik walaupun selama nie saya asyik kekurangan idea untuk mengarang dalam blog saya. Bagi saya mengikuti bengkel nie adalah untuk mencari idea dan peluang yang baik untuk mempelajari cara penulisan dan penerbitan yang baik, bagi penghasilan buletin ... blogers dan novel walaupun pada hakikatnya sya tak pernah bercita-cita nak jadi seorang penulis cukup sekadar jadi blogers yang baik.

Semalam tuan penceramah sempat berkongsi Ilmu bagaimana cara –cara menjadi penulisan yang baik dan bagaimana nak dapatkan idea untuk memulakan dalam penulisan. Penceramah nie memang baik suka sharing dan penerangan pun jelas dan mantappppppppppp gitueeeeee... dalam bengkel nie dia suka sharing cara teknik penulisan untuk menghasilakan sebuah buku untuk diterbitkan di pasaran. Antara cara-caranya ialah Read Writing, Co Writing, Rofe Writing, Pre Writing, Writing, Re Writing. Tue la teknik penulisan yg penulis guna untuk mendapatkan penulisan yang baik.. sedikit potret yang sempat di rakam untuk hiasan blogku  ini... Terbaek la.. hihihihihihihihiiiiiiiiiii.

                         
Bergambar dengan Tuan Penceramah dan juga peserta
Bengkel Penulisan Tuan Zamri... Ni la Bakal-bakal Penulis yang berbakat besar...

                                           
Sempat je Posing ngan Tuan Zamri
Penulis Bestseller Malaysia!!!
                           
Ni la antara hasil karya-karya yang dihasilkan oleh bakal penulis
novel dan Pengurusan yang dihasilkan dalam masa 30 minit
oleh para peserta bengkel.

                            
Nie la hasil nukilaku ketika mengikuti Bengkel Penulisan Bersama
Bestseller Malaysia... Zamri Mohamad
Buku yang sempat aku lakar
menjadi contoh plak tue...!!!


Monday, December 16, 2013

Pengalaman Bercuti di Kuala Selangor

Sabtu lepas 14 Dec 2013, Kami sekeluarga bertolak dari rumah awal pagi coz perjalanan dari Nilai ke Kuala Selangor agak jauh juga.. so kami bercadang bertolak awal supaya bole rehat awal sebelum melawat tempat-tempat menarik kat Kuala Selangor yang terkenal dengan Bukit Taman Melawati dan Kelip-Kelip. Kami bermalam dekat Budjet Hotel "Hotel Bukit Melawati coz situ saja yang ada kosong dekat Chalet Kelip-Kelip semua penuh tapi Dari situ dah dekat dengan kampung kelip-kelip. Lepas solat maghrib, kami pun bertolak ke situ. Sampai-sampai ajer, ramai sungguh orang beratur. Tapi orang kita tak ramai, yang ramai orang cina (singapura kot), mat saleh dan Korean ....Lepas ambil tiket semua kami pun bergerak ketempat menunggu naik sampan, tunggu dalam setengah jam, akhirnya dapat naik sampan. Pakai life jacket semua tetapi sebelum tue kalau naik Sampan tue kena ikut giliran so no. giliran kami ialah 13 (No. Bertuah la kunun).

Tapi sayangnya datang waktu bulan penuh jadi langit terang, cahaya terang tak berapa cantik. duduk atas darat, bukan kat pokok berembang ataupun duduk bawah daun. Bertelur pula atas lumut kat tebing sungai. Air sungai deras dan nampak dalam, 10 meter. Tapi memang cantik sangat. Macam lampu raya, lampu kat pokok krismas. Ada lampu yang terang  (kelip-kelip jantan)  dan  ada yang malap sedikit( kelip-kelip betina) tetapi sayang tak dibenarkan ambil gambar guna Flash.. takut kot kelip-kelip tue terbang jauh..hohohohoohohoooo... 


Menarik juga pengalaman tengok kelip-kelip  di Kuala Selangor minggu lepas selain tue kami juga dapat melihat pemandangan kat Bukit Melawati dapat bermain-main ngan Monyet-monyet yang jinak kat situ. Tue la pengalaman kami bercuti di Kuala Selangor.. Tapi bestla gak walaupun kami tak banyak tempat nak berjalan.. Tapi lupa nak gitau kat Kuala Selangor tue ada Cendol sedap (Cendol Durian Borhan) cendol Nyer memang sedap sangat lain daripada cedol yang biasa minum dan beli kat pasar malam, so kalau kengkawan nak datang ke Kuala Selangor jangan lupa lepak kejap kat Cendol Durian Borhan..hihihihihiih.. Jom layan gambar-gambar kami










Thursday, December 5, 2013

Awan Nano!!!!

Salam kengkawan semua.. nie nak kongsi cerita sedikit tentang cuaca semalam kat Kuala Lumpur dan apa yang berlaku..!!! jommm layan.. semalam sya telah menghadiri Kursus Kem Fotografi kat Arkib Negara.. dalam perjalanan nak balik ke Putrajaya tetiba Kota KL nampak gelap je nie menandakan hujan nak turun ..dan yang paling menarik perhatian saya masa nie tetiba terlihat dua (2) menara yang dikagumi di Kuala Lumpur nie (Menara Kuala Lumpur & Menara Kembar Petronas).. di litupi @ ditutupi Awan Nano.. 1st time nampak, ingatkan ditutupi oleh Jerebu rupa-rupanya tak, hahahahahahahh (Jakun kah aku???) cuaca di Kuala Lumpur sangat gelap ... ia la kan musim tengkujuh da tiba... tp gerun gak bila nampak Kedua-dua menara nie di tutupi oleh Awan Nano.. nak tengok tak pic tue... Jom Share!!!



P/S: Pada kengkawan diluar sana marilah kita berdoa bersama-sama
agar semua mangsa-mangsa banjir di beberapa negeri yang telibat semoga semuanya selamat
Amin ya rabbala Alamin

Monday, December 2, 2013

Grab tudung bebanyak!!!

Aduiii yaii nie la mata aku nie pantang tengok warna tudung yang comel-comel musti aku nak beli semua..huhuhuhuhuhu untungla orang meniaga macam nie.. mana taknya aku beli punyala banyak tudung ari nie.. huhuhuhuhu tp yang penting puas ati ngan warna dan harga pun berpatutan okiessssssss.... seronok tengak warna-warna tudung yang cantik-cantik hihihihihihi saya sukeeeeeeeeee... jom tengok hasil borongan aku ari nie... :))



Banyak tak tudung yangku Borong???

Jom Tengok Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudikan la Drop Nama Anda di Sini !!!!