Thursday, October 25, 2012

Penerbangan Delay








Semalam flight pkl 4.25pm, dan d jangka akan tiba d balai ketibaan d lcct kk pada 7.00pm, tapi kapten pilot kata akan tiba awal sepuluh minit.. Bile dah nak lending tetiba dapat isyarat dari lcct bawah ada sedikit masalah teknikal... So penerbangan kami akan disambung terus ke Labuan dan akan lending sementara d Labuan....setibanyer kami di labuan... Lugage suami ku tidak ketemuan...hampir 2 jam pasukan penyelamat mencari beg kesayangan husband ku...syukur dia masih berjodoh dgn beg kesayangan nyer ituuu....
 
Saat meniti pantas, meninggalkan kami yg masih terpinga2 dalam penantian... Benar kata2 jiwang, bahawa penantian satu penyiksaan.... Jam after hours, masih tiada sebsrsng makluman dari pihak management berkaitan flight kami... Tepat jam 11, kami dikejutkan dengan perkabaran bahawa penerbangan seterusnya ke kuching... Sedikit pelik, tetapi hampir terubat penyiksaan penantian kami memandangkan pihak management hendak menempatkan kami di salah satu hotel di sana dgn tanpa sebarang caj...
 
Lantas kami dan juga passenger lain segera mempersiapkan diri untuk ke sana... Dlm perjalanan kami ke kapal terbang, pelbagai komen disuarakan dari penumpang2 lain, nampaknyer mereka pun sama seperti kami, sedikit terubat mendengar perkabaran itu... Ade yg bersenda gurau, ader juga yang memerli manja kepada crew2 kapal... Tapi yang pasti, dari raut wajah mereka, terukir senyuman sebagai tanda kelegaan bagi penantian tadi...
 
Suasana riuh rendah dalam cabin, maklumla malam raya... Hilang sikit kerinduan terhadap suasana beraya di kampung... Sekali lagi kami dikejutkan dari riang ria hari raya... Beberapa penumpang tidak ditemui dalam kapal.. Sekian lama penantian kami, kapten kapal mengumumkan bahawa penerbangan ke kuching dibatalkan tanpa sebab yang diperjelaskan kepada kami... Bayang kekecewaan yg datang bagai taufan, lantas hiruk pikuk kedengaran suara yg sebelum ini riang ria raya, bertukar menjadi suara yg kedengaran bagai harimau yg sedang mengaum kepada mangsanya... Dasyat...ngeri...
 
Keadaan beransur tenang, selepas kami diarah untuk keluar dari kapal dan masuk semula ke dalam ruangan menunggu.... Ati yg masih membara dgn api kemarahan..bercampur keletihan akibat kekecewaan... Suasana sepi seketika... Sebelum kembali gamat apabila management mencadangkan bahawa mereka akan menanggung kos penginapan hotel di pusat transit kami... Pelbagai spekulasi berkaitan hotel yg ditawarkan... Ader yg kata jauh.. Hotel setengah bintang... Dan macam2 lagi.. Kami hanya mampu tersenyum melihat gelagat2 teman se'flight' kami...
 
Hampir sejam kekeliruan dan sedikit kekecohan berlaku.. Dan dengan tibe2 sunyi seketika...lantas aku dan suamiku membuat keputusan untuk berehat di airport... Kami melabuhkan punggung pada kerusi yang empuk, lalu aku menyandarkan kepala ku pada bahu suamiku....dan...tidoooo....
 
jom layan gbr org2 terkandas mcm kami..

Org tgh menahan baran dan berkumpul didepan Kaunter AA
untuk dapatkan penjelasan...

 
Sedih tak terpaksa duduk dan tido atas
lantai Airport Labuan

 
Dalam Kapal penumpang tgh siap2 nak turun
ke Airport AA Labuan

2 comments:

NorMala Bahar said...

Sian awk.. Beraye di airpot.. Dalam nak bersuka ria dgn keluarga terus dikeciwakan.. Xpe next time kena ambil cuti awal sikit.. Jgn jd camni yer.. Nanti keciwa lg.. Erm.. Mana gmbrnya..

AzMyaBee said...

Da ada pon gbrnya.. sedi kan n keciwa coz terpaksa raya kat airport..

Jom Tengok Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudikan la Drop Nama Anda di Sini !!!!