Thursday, August 25, 2016

Senyum....

Assalamualaikum kengkawanku semua.. cik flower sayang korang semua muahhhkkssss... sekarang nie mood bosan tak tau nak buat keja apa.. keja bnyk tapi tak ada mood nak buat keja.. tak tau nak explain mcm mn..!!!  ok abaikan je.. nie nak share nie bila kita  suka senyum segala-galanya manis je kan... masalah akan tertutup.. bukan saya cakap sya suka senyum untuk tutup masalah tak.. tapi bila kita suka senyum bukan sahaja menampakan kita bahagia tapi buat muka kita sentiasa manis dan mudah disenangi oleh orang ramai.. selain itu dapat kawan bnyk betul tak??? betul la tue .. walaupun kita tak kenal orang tue tapi bila permulaan kita senyum automatik orang akan suka sembang dengan kita selain tue automatik bertegur sapa kn.. sama macam aku.. tak kisah la aku kenal tak kenal saya suka senyum kat org. tapi ada gak yang kita senyum dia hambar je .. tapi nampak sangat muka dia kertu.. betul tak??? so apa kata kita mulakan hari kita dengan senyuman setiap hari dan disusui dengan selawat sikit.. Alhamdulillah muka pun berseri dan manis sahaja kn.. jom tgk pic nie



Senyummmmm....


Nie la senyuman ikhlas dari cik Flower tau...!!!!

Wednesday, August 24, 2016

Tuesday, August 16, 2016

Sepetang di Taman Botani Putrajaya !!!!

Hahahahahaha... bestnya tengok anak-anakku tengah bersuka ria dan berlari-lari di taman yang luas di Taman Botani tue.. seronok tengok keluargaku yang kecil tetapi bahagia.. ayah mereka pun seronok je melayan anak-anakku bermain bubble dan berlari-lari rasa macam anak-anak baru terlepas kandang... dengan suara yang berteriak riang dan selain itu dorang main bubble sambil kejar-kejar bubble.. selain kami berkela ramai lagi pengunjung yang lain datang sama macam kami juga bawa anak-anak bermain... seronok yang paling best menarik perhatiankami suami isteri masa tue sikap baik Abg Firash.. dia nampak ramai budak kecik main-main tetiba dia pergi tempat saya nak minta sumi-sumi ala makanan budak-budak tue.. dia ambik dalam beberapa bijik dia pergi agih-agih dengan kengkawan dia dia kata dia nak bagi kawan makan.. mesti kawan suka.. happy rasa syukur rupa-rupanya anak-anakku nie tak adalah kedekut ngan makanan.. syukur ya Allah kurniakan anak-anak yang cerdik dan pintar... adik Rania plak besa la asyik keja berlari nak kejar bubble dan nak juga main bubble mcm reti tp bila tgk dia angkat batang bubble tue owhhh... ajaib betul anakku rania dah reti main.. hahahahahahhahahaaa lucu siap berkawan-kawan ngan orang yang besar dari dia lagi tue... best dan happy sesangat tengok anak-anak bahagia... taraaaaa gambar kenangan kami.


Tengok gaya adik yang sibuk mengejar bubble!!!


Ayah layankan je anak-anakmu tue!!!

KAMI Welfieee

Siap bawa tikar ok..hahahahahah

Kak Flower dengan baby rania posing

Tengok la rania tengah sibuk bermain ngan
kengkawan baru dia

nak snap gambar bole-bole plak posing mcm tue

Kami lagi ngan baby Rania

Nie la hartaku dunia dan akhirat

Baby Ogos Bufday Boy!!!

Pejam celik pejam celik anak ibu dah besar dah .... 13 Ogos 2016 baru-baru nie anak ibu Izz Firas Amsyar dah masuk usia 3 tahun.. Syukur alhamdulillah ya Allah sentiasa melindungi anak2ku semoga anakku sorang nie menjadi anak yang soleh Amin... nak cerita nie 1st planning nak bawa anak ibu nie gi Port Dikson nak celebrate bufday boy la tetiba plak anak ibu nie demam.. rupa-rupanya dia demam rindu mak ayah dia mana taknya duduk umah atok dah 2 minggu kot. Tapi bila kami datang Alhamdulillah anakku dah sihat dan makin aktif main-main dengan adik rania... gitu la rasanya kot klu anak bila tak nampak mak ayah lama .. rindu sampai demam tue.. cian anak ibu nie. tapi walaupun ia xsihat sangat masa tue .. keesokan hari tue kami bawa la abang firash gi Taman Botani, Putrajaya.. kami kiranya berkelah la kat situ memang happy je tgk abg firash main lari-lari dan main bubble dengan adik rania dan kengkawan yang ada kat situ.. masa tue memang seronok tengok abg firash sihat dan happy sesangat main. nak sambung semula cerita bufday tadi tue...hahahahha kami sambut bufday abg firas kat umah atok je mlm tue.. rasa sayu hati anakku makin besar.. dalam hati terdetik abg firash dah makin besar semoga menjadi anak yg bijak dan cerdik serta hormat orang tua... Amin


Nie la Abg Firas @ yayas
comel anak ibu nie.. muahhkkkksss


Thursday, August 11, 2016

TB Sambutan raya di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

Kak Flower nak cerita nie.. klu nak ikut cerita nie dah lama sebulan yang lepas.. iya la kan raya kita kan bln lepas.. tapi rasa nak cerita gak pengalaman beraya di kementerian lain selain kementerian sendiri. Kami sudi beraya pun coz kawan saya tue la wana jemput mewakili kementeriannya. so saya tak berani la nak gi beraya sorang-sorang jadi saya pun bawa la kawan-kawan kat ofis untuk join sama beraya dekat KKMM tue, memang meriah la sambutan Hari Raya mereka buat. siapa ada artis lagi yang mereka jemput.. best sangat-sangat rasanya. selain tue makanan yang di hidang memang gempak la.. rasa tengak makan je perut rasa kenyang coz macam-macam makan ada setiap gerai kami lawat semua makanan sedap-sedap. Menteri KKMM juga seorang yang baik, sporting dan peramah mesra rakyat .. sempat la juga minta izin dato seri bergambar kenangan.. tapi memang bersyukur sangat la ngan kawan saya yang menjemput kami ke Majlis tersebut. coz kami sempat bergambar dengan artis dan tengok persembahan artis2 yang hadir pada petang tu.

jom layan pic yang sempat diambil masa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya KKMM



Kawan-kawanku dari MOT


Kami bersama Kawan-kawan KKMM


Nampak tak sempat je ambik gambar dengan
Dato Katy dia seorang yang sporting


Abaikan mamat kat belakang 
nak gak semak nak selfie


Ambik gambar kenangan dengan
KSU KKMM 
YBhg. Dato Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad

Ambik gambar kenangan dengan 
Menteri KKMM 
YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak 


Kawan-kawanku bergambar dgn artis
nie yang sekarang bawa watak mak2 dalam
Drama "Menantu Ting Tong"
Drama "Menantu Ting Tong"

KAMI lagi!!!

Kami lagi selfie dgn YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak


Salah satu Booth sempat
kak Flower selfi hahahahahahha... 


Sauasana dalam dewan yang
meriah penuh dengan org VVIP


Ok semoga jumpa lagi diruangan celoteh kak Flower!!! gituh!


Tuesday, August 9, 2016

Program Jalinan Mesra MOT Bersama Pelanggan Anjuran Pelabuhan Kuantan..

Alhamdulillah cun-cun gak kami datang Pelabuhan Kuantan Pahang. dalam tentatif tue program start pikul 10. alhamdulillah kami sempat datang sblm perasmian bermula.. bayangkan la kepenatan dan keletihan pada masa itu.. dah la bertolak dari Putrajaya 6.30pagi sampai Kuantan dalam pukul 10.00am padahal kalu ikutkan bole datang awal kan sebab pepagi kenderaan kurang tapi dah rezeki kami sampai kul 10.00am .. tapi syukur Alhamdulillah la juga sampai dengan selamat. tapi nak cerit nie betapa panasnya ketika berada di Pelabuhan Kuantan tue.. tgk kawasan pun memang kawasan panas .. coz dekat dengan laut .. dan lagi  mana tak panas..  lombong bauxit kot!!! hohohohohohohooo.. memang sun burn la nasib baik dah pakai sun block siap-siap dari rumah. sampai je dekat perkarangan program tue kami pun bersiap-siap cepat la coz tak lama lepas tue persamian pun bermula. Syukur selalu sempat gak berada di program tue sebelum perasmian. kami jangka pengunjung tak ramai coz program buat dalam pelabuhan je.. tapi tekaan itu salah.. pengunjung sangat ramai dan mereka sangat sporting..  Alhamdulillah barang yang kami bawa dari Putrajaya habis dan sangat laris macam pisang goreng panas..huhuhuhuhuhuhu.. memang terbaik la. rasa macam sekejap je dalam program tue kami pun dipelawa untuk makan tengahari dan selepas itu progrem disambung semula dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan cabutan bertuah.. Syukur semalam tue memang hari bertuah saya.. nama pertama cabutan bertuah nama saya kena panggil.. syukur sekali lagi.. selepas semua dah selesai kami pun bertolak balik ke Putrajaya.. penat tak berbayar lagi .. Alhamdulillah jalan ok tak jem kami pun selamat sampai ke Putrajaya dalam pukul 7.15 pm.. Syukur sampai dengan selamat.. :)


Ketua Lembaga Pelabuhan Kuantan 
LPKtn

KAMI tak sah klu tak posing n selfie gitu!!!

Sibuk melayan pengunjung!!

Sempat aja berselfi..hohohohoh

Cik Flower dapat cabutan yang bertuah sangat!!!
Terima kasih LPKtn

Rohaidatul yg comel!!!

Aduhaiiiiii anak ibu nie makin hari makin besar dah anak ibu perangai pun setiap hari update klu dulu masa tak reti jalan nampak jak apa dia buat.. sekarang nie korang nak tahu rania.. adoiii bukan setakat nka selerak umah.. bongkar kain dan lain2 tapi sekarang nie Rania ada hobi baru.. nak tau hobi dia apa??? apa lagi main sorok-sorok dalam almari la.. adoiiiyai anak.. bayangkan satu rumah riuh nak cari budak tecik nie.. takut je dia main2 kat dalam toilet.. panggil-panggil tak menyahut.. bila semua org dah risau cari,  korang tahu dia keluar dari mana??? Almari dengan perasaan yang tak bersalahnya dia senyum kat ibunya nie.. pastu dia ajar plak ibu nak sorok-sorok ikut dia masuk almari ko rasa???? adoiiiyai anak ibu yang omei nie.. ada jak akal dia nak buat ibu nie haru biru setiap masa.. tapi dorang kata anak kedua nie memang bnyk akal mudah-mudahan akal dia baik-baik bila dia besar nanti. Amin..

Ibu rindu adik la. mudah2an adik sihat-sihat dan jaga diri dirumah pengasuh yer.. sayang adk Rania sesangat.. muahhhhhhhhhhh


Anak Kesayangku nie makin hari makin besar
semoga jadi anak yang baik dan solehah
dgr cakap org tua!!

TB Hari Raya Aidilfitri 2016

Assalamualaikum semua kengkawan.. semoga pagi nie kita semua diberikesihatan yang baik Insyahallah... nie nak cerita tentang raya Aidilfitri yang lepas.. macam ketinggalan pulakkk kan dah abis raya baru beriya-iya nak post pasal raya..hahahahahhahaha lawak pun ada. Tapi saya suka bercerita benda yang dah lepas.. almaklumla idea lambat sampai..hahahahahah.. kan tak gitu!!!!
raya baru-baru nie saya sambut dengan keluarga sebelah suami.. Alhamdulillah semua happy dan bahagia walaupun tak dapat balik kampung asal suami. Raya kat Banting pun Okey.. walaupun keluarga kami tak berapa besar tapi alhamdulillah masih dikurniakan kebahgian dalam hubungan kekeluargaan.. Happy sesangat tengok memori Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016. terima kasih ya Allah masih bagi kami peluang untuk terus mengeratkan hubungan silaturahim dan sentiasa memberikan kami rezeki kebahagian dalam keluarga .. selain itu masih diberikan keseronokan melihat wajah-wajah kesayangan kami yang sentiasa gembira dan sihat hendaknya.

Jom layan sedikit moment dariku:

Keluarga KAMI

Kami Lagi..

Dan Lagi...

Nie la keluargaku
Hartaku dunia Akhirat.. AMIN

Jom Tengok Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudikan la Drop Nama Anda di Sini !!!!